June 14, 2008

Google Docs Kini Dengan PDF Viewer

Google DocsSelepas ditunggu lama, Google telah melancarkan *pdf Viewer untuk para pengguna Google Docs. Sama seperti fungsi lain, selepas anda selesai memuat naik fail pdf, anda akan dibawa ke laman preview dimana anda boleh mengubah suai dokumen tersebut. Cubalah.

June 8, 2008

Monsun-Biz Perlu Redesign

Kalau korang perasan, setiap kali buka paper Harian Metro, mesti korang ternampak iklan Monsun-Biz dan Bossmailer yang gedabak nyer besar. Tapi bila usha web diorang, kecewa lak aku melihatkan rekabentuk yang amat teruk sekali. Takkan duit yang diorang ada semuanya laburkan untuk mengiklan sahaja. Takkan takleh upah orang untuk rekabentuk laman web mereka. Huhu. RM50,000 tapi nak upah orang design web tak mampu. Huhu. Kalo lah aku, RM50,000 tue aku labur kat perniagaan yang sepatutnya atau buat sendiri laman web yang lebih menarik daripada Monsun-Biz tue dengan cuma RM1,000 dan promosikannya dengan RM1000. Baki RM48,000 simpan. Huhu.

June 6, 2008

RapidShare Memperkenalkan Layout Baru

RapidShare

Setelah sekian lama, RapidShare telah memperkenalkan layout baru untuk laman mereka beserta dengan logo baru mereka. Bagi yang tidak mengenali RapidShare, ianya merupakan salah satu laman perkongsian yang sering digunakan oleh pengguna internet yang mana menyediakan ruangan percuma untuk kita berkongsi fail.

June 5, 2008

Harga Petrol Malaysia dan Negara Lain

Takde nak komen mengenai apa-apa, cuma nak wat perbandingan dengan negara-negara lain (ala-ala iklan masa pilihan raya tempoh hari). Huhu

Malaysia
Harga Petrol : RM 2.70
Malaysia merupakan pengeluar minyak yang ke-27 di dunia. [sumber]

Indonesia
Harga Petrol : RM 2.14 [sumber]
Indonesia merupakan pengeluar minyak yang ke-23 di dunia. [sumber]

Singapura
Harga Petrol : $2.18 [sumber]
Singapura merupakan pengeluar minyak yang ke-85 di dunia. [sumber]

Qatar
Harga Petrol : RM 0.75 [sumber]
Qatar merupakan pengeluar minyak yang ke-22 di dunia. [sumber]

Oman
Harga Petrol : RM1.00 [sumber]
Oman merupakan pengeluar minyak yang ke-28 di dunia. [sumber]

Egypt @ Mesir
Harga Petrol : RM 1.06 [sumber]
Egypt merupakan pengeluar minyak yang ke-29 di dunia. [sumber]

Iran
Harga Petrol : RM 0.35 [sumber]
Iran merupakan pengeluar minyak yang ke-8 di dunia. [sumber]

Dan sekiranya anda perasan, pada hari Isnin lalu, kerajaan mengumumkan bahawa harga minyak hanya akan naik pada bulan Ogos 2008 dan bukannya 05 Jun 2008.

Adakah berlaku ketidak-sefahaman antara Menteri dengan PM kita? Huhu.

P.S: Petrol harga pasaran dunia, bila kereta nak ikut harga pasaran dunia gak?
P.P.S: Mana pergi duit baki untuk subsidi petrol?

June 3, 2008

Search Suggest di WikiPedia

WikiPedia Suggest

Aku masih tak tahu dah berapa lama WikiPedia menaik taraf perkhidmatan carian mereka, kerana hari nie terperasan yang mereka juga telah mempunyai “Search Suggest” sama seperti yang digunakan oleh Yahoo! dalam enjin carian mereka. Suatu inovasi yang menarik. Huhu.

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog