October 10, 2007

Trailer Budak Lapok

Akhirnya, lepas aku menulis mengenai Budak Lapok tempoh hari, ada seorang pembaca telah memberikan aku video trailer Budak Lapok, dan yang mana aku dapati cam kurang menarik sikit video trailer dia. Aku dah pun uploadkan video tersebut kat YouTube, bagi memudahkan korang embed kat blog korang. Sekian, layankan diri korang dengan trailer Budak Lapok.

September 30, 2007

YouTube - My Adsense Player

Sebelum ini, YouTube telah mencuba beberapa kali untuk memasukkan iklan kedalam video yang terdapat dalam laman mereka. Walaubagaimanapun, hanya segelintir pihak sahaja yang mendapat keuntunggan dengan YouTube berbuat demikian.YouTube Adsense

Kini, YouTube memberi peluang untuk pengguna embed video YouTube beserta dengan Google Adsense, dan semestinya untuk berbuat demikian, anda memerlukan akaun Google Adsense terlebih dahulu. Selain daripada itu, ikaln Adsense yang ditunjukkan juga tidak begitu mengganggu berbanding yang diuji kaji oleh Google sebelum ini. Sekiranya anda mempunyai akaun Google Adsense, maka anda boleh mencuba bentuk player terbaru ini dilaman YouTube.

September 22, 2007

Antaramuka Yahoo! Search Terbaru

Yahoo! Search New Interface

Hari nie semasa menggunakan Yahoo! Search, aku terperasan yang Yahoo! telah mengantikan interface mereka kepada yang baru. Walaupun sebelum nie, mereka pernah mencubanya dengan menggunakan layout berwarna ungu, tetapi layout itu hanya digunakan untuk beberapa jam sahaja berbanding dengan yang ini yang mana tidak ditukar selama lebih kurang sehari. Atau mungkin ianya di uji kepada beberapa alamat IP sahaja. Adakah anda melihat interface baharu nie ataupun tidak ketika menggunakan Yahoo! Search?

August 29, 2007

YouTube New Interface

YouTube New Web Interface

YouTube sekali lagi akan mengalami perubahan reka bentuk dimana iklan berbentuk banner diletakkan di bahagian atas Video Details. Mungkin Google ingin memaksimakan pendapatan mereka melalui YouTube selain daripada iklan dalam video. Walaubagaimanapun, bagi yang tidak berapa meminati iklan tersebut, anda boleh menggunakan add-on Mozilla Firefox untuk menghilangkan iklan tersebut daripada pandangan anda.

Via : DespuesdeGoogle

July 26, 2007

YouTube Custom Player

YouTube Custom Player

Nampaknya kini YouTube membenarkan pengguna mereka menukar layout YouTube player. Dengan ini, anda boleh menetapkan warna pemain YouTube serupa dengan warna asas layout blog anda. Suatu perkara yang amat menarik. Walaubagaimanapun, saya lebih suka dengan pemain asal YouTube.

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog