February 25, 2008

YouTube Mengalami DownTime?

YouTube mengalami sedikit gangguan pada malam semalam daripada pukul 11:30AM hingga 12:15PM (Google/Pacific Time). Hal ini dikatakan berlaku disebabkan oleh pihak Pakistan Telecom yang cuba memblok akses kepada YouTube kerana dikatakan terdapat kandungan yang bertentangan dengan Islam.

December 6, 2007

E-Video-Card Melalui YouTube

Sempena Hari Natal untuk tahun nie, YouTube membolehkan penggunanya menghantar video dari YouTube beserta dengan mesej anda kepada rakan-rakan anda. Mungkin ini boleh dijadikan sebagai satu alternatif untuk e-Card yang biasa dihantar. Anda boleh melihat contoh e-Video-Card yang dibuat oleh saya di laman YouTube. Anda boleh mula mereka video-card anda sendiri dengan menggunakan enam theme pilihan yang diberikan oleh YouTube.

November 1, 2007

YouTube Bertukar Layout Lagi?

YouTube New Design

YouTube New Design

Nampaknya, sekali lagi YouTube akan bertukar wajah. Walaubagaimanapun, saya berpendapat yang layout terbaru mereka tidak begitu menarik berbanding yang lama. Anda boleh melihat layout terkini YouTube dan memberikan FeedBack kepada mereka melalui laman beta khas yang disediakan oleh mereka.

P.S : Sekiranya korang sedar, YouTube pun sudah mempunyai logo khas untuk perayaan tertentu sepertimana yang dibuat kepada logo Google.

October 19, 2007

YouTube New Embed Player

New YouTube EMbed Player

Mungkin ada yang dah perasan atau ada yang belum yang mana YouTube telah menukar embed playernya kepada rupa baru yang lebih simple. Player baru nie hanya muncul apabila anda embed video di blog atau web anda, dan anda masih boleh lihat player lama di laman YouTube itu sendiri. Dan kini, player tersebut juga menunjukkan berapa lama lagi masa video tersebut. Anda boleh menukar format masa yang ditunjukkan dengan klik diatas masa tersebut. Nampaknya aku lebih tertarik dengan player terbaru nie. Cayalah YouTube.

October 15, 2007

Trailer Terbaru Geng - The Adventure Begins

Walaupun trailer nie dah lama dah di uploadkan oleh pihak LesCopaque, aku baru jer pas tonton. Memang cun abis.. :)

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog