May 2, 2008

Pemain Video YouTube Yang Baru

Pelbagai inovasi telah dilakukan oleh pihak YouTube untuk memenuhi kehendak para pengguna laman tersebut. Terkini, mereka dalam proses mencuba pemain terbaru untuk video di YouTube. Sekiranya anda ingin mencuba pemain video terbaru ini, anda boleh menklik pada link “Try The New YouTube Player Beta” yang terdapat pada bahagian bawah setiap video.

YouTube Player beta

Satu perkara yang menarik mengenai pemain terbaru ini ialah, anda boleh menggunakan shortcut keyboard seperti menekan spacebar untuk berhentikan (pause) video yang sedang dimainkan.

Anda juga boleh cuba menggunakan FlowPlayer untuk menyusun dan memainkan video di blog atau laman web anda. FlowPlayer dikeluarkan dalam dua versi, iaitu berbayar dan satu lagi dalam versi GPL. Mungkin anda boleh mencubanya, dan berikan komen anda.

March 22, 2008

AdBizzy - Syarikat Pengiklanan Tempatan Ke-6

AdBizzySelepas kemunculan pelbagai syarikat pengiklanan tempatan, AdBizzy merupakan laman terbaru yang turut menyertai gelombang pengiklanan internet tempatan. Laman ini baru sahaja dilancarkan, dimana nama domain mereka didaftarkan pada 25 Feb 2008 dan membolehkan pengguna membuat akaun sejak 15 Mac 2008. AdBizzy dibangunkan oleh Menarik Teknologi, salah satu syarikat yang berdaftar dengan SSM.

Walaubagaimanapun, reka bentuk laman berkenaan membuatkan saya kurang percaya dengan mereka walaupun mereka mempunyai syarikat berdaftar. Mungkin mereka perlu mengupah web designer untuk mereka bentuk laman utama mereka dan juga blog mereka. Anyway, saya masih belum melihat contoh blog yang menggunakan iklan dari AdBizzy, so mengikut andaian saya, mungkin iklannya menyerupai konsep iklan GoKita.

Pemenang YouTube Video Awards 2008 Di Umumkan

YouTube 2008 Awards

Blog YouTube telah pun mengeluarkan senarai penuh video yang memenangi anugerah YouTube Video 2008. Anda boleh melihat video-video yang menang anugerah tersebut mengikut kategori di laman rasmi mereka.

March 2, 2008

Tentukan Video di Muka Hadapan YouTube

YouTube Personalized Homepage

Sama seperti iGoogle, kini YouTube memberikan anda peluang mempunyai personalized homepage di YouTube. Ini mungkin amat berguna bagi sesetengah pengguna yang aktif menggunakan YouTube memandangkan terdapatnya jutaan video didalam YouTube. Sekiranya anda aktifkan YouTube Personalized Homepage, anda akan dihidangkan dengan video-video yang anda minati berdasarkan video-video yang pernah anda tonton sebelum ini. Selain daripada itu, terdapat juga kotak mesej di muka hadapan yang memudahkan anda untuk membalas mesej, atau melihat komen video terkini. Huhu. Sudahkah anda mencubanya?

February 26, 2008

Mac 1 Penamat Netscape?

Netscape Berakhir?

Ingatkah lagi korang ketika mula-mula kenal dengan internet? Pada mula-mula, browser yang digunakan untuk melayari laman web ialah Netscape, yang mana kini makin pupus di kalangan pengguna internet. Secara jujurnya, aku tak tahu bagaimana fungsi Netscape, dan malas nak download untuk mencubanya. Hehe. Aku lagi selesa dengan IE dan Mozilla Firefox.

Huhu. Bagaimanapun, bagi yang masih menggunakan Netscape, Mac 1 merupakan tarikh akhir bagi penggunanya, dimana versi seterusnya, Netscape 9 akan dikeluarkan dengan pilihan untuk beralih kepada Flock ataupun Firefox. Flock dan Firefox, kedua-duanya berasaskan kod sumber Mozilla Firefox. Huhu. Pihak Netscape pun rasakan yang Mozilla adalah pilihan terbaik untuk melayari web. Huhu.

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog