May 16, 2008

Gunakan Enjin Carian Dengan Yakin Melalui SearchScan

Yahoo! SeachScan

Sama seperti dunia nyata, dunia web juga amat berbahaya. Tambahan dengan beberapa kejadian yang menimpa baru-baru nie. Huhu. Walaubagaimanapun, artikel nie takde kena mengena dengannya. Cuma nak bagitau yang kini Yahoo! telah mengemaskini enjin carian mereka dengan menambah SearchScan. Dengan menggunakan SearchScan pada Yahoo! Search, kita akan diberikan amaran terhadap laman-laman web yang disyaki menyediakan spyware atau adware atau mana dianggap bahaya. Untuk tujuan ini, Yahoo! menggunakan khidmat McAfee. Satu inisiatif yang bijak daripada Yahoo! untuk menghalang pengguna tiba di laman yang salah. Huhu.

May 4, 2008

Microsoft Menarik Diri Daripada Membida Yahoo!

Kalo anda masih belum terbaca lagi, Microsoft telah menarik diri daripada membida Yahoo!. Mungkin ini akan membawa berita yang amat gembira kepada para pengguna internet dan juga kepada pihak Google. Huhu

P.S: Apa akan terjadi sekiranya Yahoo! menerima tawaran Microsoft?

April 13, 2008

Yahoo! Akan Bergabung Dengan Microsoft?

Dah beberapa minggu tidak mendengar mengenai berita Yahoo! dan Microsoft. Ingatkan dah tamat perbincangan mereka. Huhu. Tapi, terbaru aku dengar yang Yahoo! masih dalam proses pemberian jawapan. Dan ada yang mengatakan peratus Yahoo! menerima tawaran daripada Microsoft adalah amat tinggi. Hmm. Apakah yang akan terjadi kepada Yahoo! sekiranya ia menerima tawaran tersebut? Huhu. Apa akan terjadi kepada komunti Flickr dan MyBlogLog serta del.icio.us?

Selain itu, Yahoo! juga telah mengumumkan yang mereka akan menggunakan Google Adsense pada laman mereka. Langkah ini dikatakan bertujuan untuk memaksimakan nilai pemegang saham (yang menekan Yahoo! untuk menerima tawaran Microsoft). Perkara ini tidak berapa mengejutkan memandangkan Yahoo! pernah menggunakan enjin carian Google pada suatu masa dahulu.

February 27, 2008

Yahoo! Buzz di Lancarkan

Yahoo! Buzz

Ingat lagi entri pasal Yahoo! Buzz yang aku tulis tempoh hari? Kini, anda sudah boleh mula menghantar artikel anda ke dalam Yahoo! Buzz dan sekiranya artikel anda mendapat Buzz yang tinggi, ada kemungkinan, ianya akan di perlihatkan di muka hadapan Yahoo! dan anda berpeluang mendapat jutaan pengunjung dengan sekelip mata. Huhu. Walaubagaimanapun, aku masih samar-samar samaada sekiranya artikel kita dalam bahasa Melayu, adakah jika Buzz nya amat tinggi, ianya akan ditunjukkan di Yahoo! Malaysia ataupun kita perlu bersaing dengan entri berbahasa Inggeris.

February 26, 2008

Serlahkan Identiti Dengan Yahoo! Avatar

YahoO! AvatarPernahkah korang terdengar mengenai Yahoo! Avatar? Kalo tak, apa kata kalo korang singgah sebentar kat sana. Dengan Yahoo! Avatar, anda boleh membuat karakter kegemaran anda dan seterusnya mengembangkan profil avatar anda dengan menambah haiwan peliharaan, aksesori dan sebagainya. Selain itu, anda juga boleh buat make up dan sebagainya di bandar Avatar. Huhu. Lebih kurang cam konsep permainan Sim City ler, tapi nie korang kena wat secara online. Walaupun konsep mereka agak menarik untuk membuat orang lebih lama stay kat web Yahoo!, aku kurang tertarik dengan Yahoo! Avatar. Hehe. Web sosial seperti Friendster, Facebook dan Pownce lebih senang untuk membuat kawan berbanding Yahoo! Avatar. Huhu.

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog