Sekiranya anda ada mengemaskini pemasangan WordPress anda kepada versi 2.1.1 anda dinasihatkan untuk mengemaskininya sekali lagi kepada versi 2.1.2. Ini adalah kerana fail WordPress 2.1.1 telah diceroboh oleh seorang cracker dan ditambah dengan satu fail yang boleh membahayakan sistem blog anda. Anda boleh membaca berita selanjutnya di laman WordPress.
Istilah CRACKER digunakan untuk seseorang yang berniat untuk membuat jahat dengan menceroboh ke sistem orang lain, manakala istilah HACKER digunakan untuk seseorang yang menceroboh ke sistem orang lain dengan niat baik (menunjukkan sistem mereka boleh diceroboh dan menunjukkan langkah-langkah untuk mengatasinya).