January 27, 2008

Belajar Menulis Blog Dengan WordPress

Caroline Middlebrook telah menulis sebuah ebook berkaitan dengan WordPress yang mana anda boleh memuat turun dari blognya secara percuma. Ebook yang setebal 41 muka surat nie amat sesuai untuk para pengguna WordPress yang ingin berpindah daripada BlogSpot kepada WordPress, dan yang menariknya ebook nie adalah percuma.

Antara isi kandungan ebook nie ialah:WordPress Blogging

Chapter 1: Getting and Installing WordPress
Chapter 2: Basic WordPress Administration. 10
Chapter 3: Installing a New Theme. 13
Chapter 4: Setting up Adsense On Your Site. 16
Chapter 5: WordPress Plugins. 20
Chapter 6: Creating Your Site Content
Chapter 7: Final Thoughts
Appendix 1: Uploading Using FTP.. 33
Appendix 2: External Resources

January 10, 2008

Theme WordPress Sempena Tahun Baru

Biru Neutronic

Sedang pening memikirkan theme apa yang patut anda gunakan sempena tahun baru nie? Smashing Magazine telah mengeluarkan senarai 100 theme WordPress percuma yang mempunyai rekabentuk menarik. Selain daripada itu, anda juga boleh melihat theme terbaru daripada Neutronics iaitu Biru.

So, apa theme yang memikat hati korang?

January 4, 2008

Panel Admin WordPress 2.4

Baru aku pikir-pikir nak upgrade buku Panduan WordPress yang pernah aku keluarkan dulu kepada versi WordPress 2.0, tetapi lepas membuat sedikit carian, aku terbaca yang WordPress 2.4 akan menggunakan panel admin yang baru yang mana aku berpendapat ianya kurang menarik berbanding panel admin yang lama. Anda boleh mencuba demo panel admin WordPress 2.4 atau melihat video screenshot nyer;

Aku rasa mereka patut kekalkan identiti warna biru diorang. Haha. Anyway, apa pendapat korang mengenai panel admin WordPress yang baru nie?

Update: Ada CMS baru yang cambest - GraffitiCMS. Mungkin boleh cuba kat local host korang.

December 30, 2007

Plugin Iklan Nufflets Untuk WordPress

Tak sampai seminggu Nufflets dilancarkan, ada peminat yang dah mengeluarkan plugin khas untuk Nufflets. Haha. Mungkin beliau nie terbaca kat blog MohdIsmail mengenai cadangan membuat plugin untuk Nufflets nie. Tetapi, plugin nie hanya untuk pengguna WordPress jer. Mungkin lepas-lepas nie ada yang keluarkan untuk pengguna Joomla dan sebagainya. Antara feature plugin tersebut yang amat menarik ialah, ia mampu memasukkan iklan Nufflets ke dalam post sama seperti yang dilakukan oleh kebanyakkan pengguna Google Adsense.

Nufflets Ads Plugin
10.7 kb

Panduan pemasangan, demo dan segala bantuan boleh didapatkan di blog Nokthah Hitam

Walaubagaimanapun, aku tidak akan menggunakan plugin nie untuk blog aku nie. Aku sedang sedaya upaya cuba mengurangkan iklan di blog aku nie. Huhu. Support yerk..

May 27, 2007

Plugin Statistik - Ketahui Traffik Blog Anda

Dalam membangunkan blog, antara perkara yang perlu diambil berat ialah statistik sesuatu blog. Ramai yang berlumba-lumba untuk mendapatkan pembaca yang ramai ke blog mereka. Dan terdapat beberapa cara untuk mengetahui statistik sesuatu blog itu.

Sekiranya anda menggunakan hosting yang mempunyai cPanel, maka anda boleh mengetahui statistik anda dengan AWstats yang memang dah sedia terpasang. Tetapi, sekiranya anda menggunakan Blogger, maka anda boleh menggunakan Google Analytics. Anda juga boleh menggunakan Google Analytics jikalau anda tidak menggunakan Blogger sekalipun, kerana anda akan diberikan kod javascript untuk di copy-dan-paste kat blog anda.

Tetapi, sekiranya anda menggunakan WordPress, terdapat beberapa plugin yang boleh membantu anda. Antaranya ialah:

WP-Slimstat
Plugin yang berasaskan SlimStat, dimana ianya merupakan antara perisian yang digunakan oleh orang ramai untuk mengetahui statistik web atau blog mereka. Tetapi, sekiranya anda ingin gunakan kod tersebut, anda perlu mempunyai database dan install. Tetapi dengan adanya WP-Slimstat, tugas anda menjadi lebih mudah. Anda hanya perlu upload plugin tersebut dan aktifkan melalui Dashboard. Seterusnya anda boleh melihat statistik pengunjung blog anda secara terus melalui Dashboard.

FireStat
Salah satu plugin statistik untuk WordPress. Fungsinya dan feature yang hampir sama dengan SlimStat. Tetapi seperkara yang aku tak suka dengan FireStat ialah saiz abjadnya yang amat besar dan tidak secomel SlimStat. Anda boleh melihat demo FireStat di laman rasmi mereka.

Automattic Stats
Plugin yang dibangunkan oleh pembangun CMS WordPress sendiri, iaitu Automattic. Berbeza dengan SlimStat dan FireStat, anda boleh melihat statistik anda dalam bentuk graf sekiranya menggunakan plugin ini. Tetapi, anda perlu mendapatkan API key sekiranya ingin menggunakan plugin ini.

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog