June 6, 2008

RapidShare Memperkenalkan Layout Baru

RapidShare

Setelah sekian lama, RapidShare telah memperkenalkan layout baru untuk laman mereka beserta dengan logo baru mereka. Bagi yang tidak mengenali RapidShare, ianya merupakan salah satu laman perkongsian yang sering digunakan oleh pengguna internet yang mana menyediakan ruangan percuma untuk kita berkongsi fail.

June 3, 2008

Search Suggest di WikiPedia

WikiPedia Suggest

Aku masih tak tahu dah berapa lama WikiPedia menaik taraf perkhidmatan carian mereka, kerana hari nie terperasan yang mereka juga telah mempunyai “Search Suggest” sama seperti yang digunakan oleh Yahoo! dalam enjin carian mereka. Suatu inovasi yang menarik. Huhu.

June 1, 2008

Veoh Tidak Boleh Di Akses Oleh Rakyat Malaysia Lagi

Veoh Blocked

Nampaknya, kini Veoh tidak lagi boleh ditontoni oleh rakyat Malaysia, disebabkan tindakan drastik pihak Veoh dengan mem-block user daripada Malaysia. Alasan yang diberikan oleh pihak Veoh pula amat tidak releven. Berikut merupakan alasan yang diberikan oleh pihak Veoh:

Veoh is maintaining markets when we have the highest concentration of viewers.

Anda boleh mengikuti penjelesan lanjut di forum Veoh.

May 31, 2008

Kongsi Fail *pdf Menggunakan Scribd

Mungkin ramai dah ketahui dimana perlu pergi sekiranya ingin mencari video. Tetapi bagaimana pula sekiranya anda ingin mencari fail berformat *pdf? Kini, untuk memudahkan anda, Scribd telah memulakan servis mereka untuk peminat-peminat yang mencintai fail berformat *pdf. Apa yang menarikanya mengenai Scribd ialah selain membolehkan anda berkongsi fail berformat *pdf dan embed-nya di laman anda, ia juga memberikan anda peluang untuk memuat turun fail tersebut.

Scribd

Kini, anda boleh menambah ilmu pengetahuan anda mengenai sesuatu perkara seperi Google Adsense atau Affiliate dengan mudah. Jikalau YouTube menggunakan format *flv untuk video, Scribd pula menggunakan format *scb untuk fail pdf.

May 25, 2008

Pra-Pendaftaran .mE Bermula

Huhu. Selepas TLD yang baru dikeluarkan seperti .asia, .mobi dan sebagainya, kini .mE bakal bertemu dengan para pengguna dan pembeli nama domain seluruh dunia.

dot mE

Apa itu .ME?
Bagi yang masih tidak mengetahui, Malaysia menggunakan TLD .MY, manakala .ME digunakan oleh negara Montenegro.

Mengapa .ME?
.ME membawa maksud saya, dimana ianya boleh melambangkan sesuatu yang agak menarik. Contoh: Kick.mE; Host.mE dan sebagainya

Dan perkara yang paling menarik ialah sesiapa sahaja boleh mendaftar domain .mE nie, dan bukannya seperti .mY yang mana hanya rakyat Malaysia sahaja boleh mendaftarnya.

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog