April 6, 2008

Aductions Kini di Malaysia?

leftNampaknya, kini ramai syarikat antarabangsa tertarik dengan Malaysia setelah kejayaan beberapa syarikat pengiklanan internet yang berjaya. Terkini, Aduction telah pun memulakan operasi mereka di Malaysia, malah telah mendaftar syarikat mereka tersendiri - Aductions Sdn Bhd (809970-H).

Bagi yang masih tidak mengetahui apa itu Aduction, ianya merupakan salah satu syarikat pengiklanan internet yang mana ianya menggunakan konsep jualan melalui impression (setiap pelawat) ataupun click. Huhu. Tapi, yang menariknya, konsep bayaran mereka amat menarik. Huhu. Kira kita tidak perlu menunggu duit kita sampai ke sesuatu tahap untuk mengeluarkannya, tetapi boleh mengeluarkannya serta-merta. Jadi, pengguna tidaklah perlu risau sangat mengenainya. Huhu.

Simply put, if you sell 100000 impressions to an advertiser, and after a few hours 10% has been filled, you will be able to withdraw the funds for that 10% immediately, on the same day.

So, apa pendapat korang mengenai Aductions?

January 11, 2008

Nuffnang Gliterrati - Kelebihan Bagi Pengguna Nuffnang

Nuffnang baru-baru nie telah melancarkan Nuffnang Gliterrati yang mana ianya merupakan satu hak esklusif yang diterima oleh ahli Nuffnang yang mana blognya hanya menggunakan iklan daripada Nuffnang sahaja dan tidak menggunakan iklan lain daripada pesaingnya daripada Asia Tenggara yang mana bermaksud, anda tidak boleh menggunakan Advertlets, GrabMyAds mahupun Nufflets didalam blog anda, tetapi hanya menggunakan Nuffnang sahaja.

Nuffnang Gliterrati

Antara kelebihan yang diterima oleh ahli Nuffnang Gliterrati ialah pendapatan lebih 20-50% daripada ahli biasa, pendapatan minimum RM0.25 setiap klik, dan pelbagai kelebihan lain lagi. So, adakah aku akan diterima masuk ke dalam program Gliterrati nie? Aku pun agak musykil sebab semenjak aku menulis artikel mengenai mereka suatu masa dahulu, blog aku nie bagaikan telah di black list oleh pihak mereka. Tiada iklan yang ditunjukkan didalam blog aku semenjak kejadian itu.

Haha. Anyway, lepas melakukan sedikit carian menggunakan WikiPedia, Gliterrati tidak membawa sebarang maksud, tetapi pada tahun 2004, sebuah filem telah ditayangkan menggunakan nama Glitterati. Hmm..adakah pihak Nuffnang merupakan peminat cerita tersebut? Haha…

December 28, 2007

Nufflets - Media Pengiklanan Tempatan Ke-Empat

Sebenarnya, syarikat Nufflets nie dah dirasmikan pada 25 Disember sempena dengan Hari Krismas, tetapi disebabkan aku terpaksa balik ke UNiSEL, tak dapat nak update pasal Nufflets. Mungkin korang terperasan yang nama mereka ada persamaan dengan dua lagi laman pengiklanan dalam talian tempatan, iaitu Nuffnang dan Advertlets. Haha. Mungkin nie merupakan salah satu strategi untuk menarik perhatian orang ramai.

Nufflets

Hari nie, aku dah daftar dengan Nufflets dan anda boleh melihat contoh iklan di sidebar blog nie. Lepas pasang kod dia, aku terlihat iklan nie:

Click here to join Asia’s Ad Network. Receive USD15 upon signing up.

Kalo dikira, USD15 x 3 = RM45. Haha. Aku tak tahu samaada menda nie untuk advertiser atau publisher. Selepas log in kali kedua, aku perasan yang akaun aku masih menunjukkan nilai 0.00. Haha.

Lagi satu masalah ialah, aku tak dapat nak baca TOS mereka. Setiap kali aku klik, ia akan redirect ke laman utama mereka. Mungkin mereka perlu beri perhatian sedikit. Malah blog mereka juga tak dapat dibaca sepenuhnya. Aku hanya dapat baca artikel terkini sahaja. Haha.

Nampaknya, kini Malaysia dah ada 3 syarikat pengiklanan yang fokus kepada pengiklanan tempatan, dan Nufflets yang menumpukan perhatian ke arah seluruh dunia. Wow. Tahun 2007 berakhir dengan orang Malaysia yang lebih memberikan perhatian ke arah pengiklanan secara online.

December 15, 2007

Youth ‘08: Pencarian Pemuda DotCom Malaysia

Hari nie terbaca kat blog Nuffnang mengenai perkara nie, dimana mereka sedang menjalankan satu event dimana mereka ingin memberi anugerah kepada blog / laman web yang berpotensi disamping menjadi pelabur dalam projek anda itu. Event yang dipanggil DotCom Youth Search ini mungkin akan menarik penyertaan yang banyak dan mungkin geng-geng Happy People Media boleh mencuba nasib mereka di sini. Huhu. RM20000 untuk direbut. Banyak tue. Hehe. Mungkin Shuth juga boleh mencuba nasib dengan laman RahsiaBlogger.com. Tetapi setiap penyertaan mestilah dihantar oleh tuan punya sendiri disamping tuan laman berkenaan mestilah berumur kurang daripada 30 tahun. Hmm..aku baru 20 tahun. Mungkin boleh join kot. Hehe.

DotCom Youth Search

So, mungkin ramai tertanya bagaimana mereka judge laman korang bukan? Berikut merupakan kriteria yang mana aku copy paste dari laman YouthSearch:

40% - Pendapatan (Kebolehan laman anda menjana pendapatan. Siapa nak melabur kalau laman korang takde pendapatan. Betul tak?. Jikalau laman anda masih tidak mempunyai sumber pendapatan, maka mereka akan mengandaikan pendapatan anda.)

40% - Influence - Perkara ini dibahagikan kepada tiga perkara iaitu kandungan laman, bilangan pengunjung, dan bilangan undi.

20% - Inovatif - Idea persendirian anda. Juga dibahagikan kepada beberapa perkara iaitu Kemesraan pengguna, Grafik dan reka bentuk, dan akhir skali keunikan laman anda.

So, untuk menjawab persoalan pertama, berapakan pendapatan aku sepanjang 2007 nie. Jeng-jeng. Sikit jer beb.

- Penjualan Iklan Sendiri - RahsiaMLM - RM120
- ReviewMe - USD30
- Penjualan Iklan Sendiri (Bulan Feb) - RM15
- Penjualan Iklan Sendiri (Bulan Mac) - RM15
- Servis menterjemaah ebook - RM100
- Penjualan Produk Digital - RM17×3 + RM20 + RM10
- Penjualan Iklan Sendiri - RM30
- Pendapatan daripada pengiklanan - Nuffnang - RM51.53
- Pendapatan daripada pengiklanan - Advertlets - RM100.011
- Pendapatan daripada pengiklanan - Google Adsense - USD17.07

Nie jer setakat yang aku ingat, dan aku masih belum request cek Nuffnang dan Advertlets. Google Adsense lak baru berapa jer. Maybe sebab tak berapa serius kot. Huhu. Anyway, lepas tengok jumlah dia, terkejut gak aku - RM512.541 + USD47.01. Dan ada lagi satu post berbayar dari ReviewMe yang belum dibuat lagi. Mungkin esok aku buat kot. Huhu.

So, macam mana lak pendapatan korang melalui talian sepanjang tahun 2007 dan adakah korang akan join YouthSearch nie?

March 31, 2007

Advertlets - Majulah Bloggers Untuk Negara

Nampaknya dunia internet Malaysia akan mengalami perkembangan pesat dalam beberapa bulan lagi dengan datangnya beberapa laman-laman bertaraf dunia dan yang terbaru ialah Advertlets. Berbeza dengan laman-laman seperti bidvertiser, text-link-ads dan sebagainya, Advertlets mempunyai konsep yang amat berbeza sekali dan paling menarik ia menggunakan konsep Web 2.0.

Adverlets

Sehingga apa yang saya tahu, melalui Advertlets, pengiklan boleh memilih cara mereka hendak beriklan samada melalui iklan Video, mengadakan survey (polls), dan meminta pandangan pengguna melalui sponsored post. Dan apa yang paling menarik ialah para pengguna yang melihat iklan tersebut boleh komen keatas iklan tersebut dengan amat mudah. Dengan itu, pihak advertiser yang menggunakan Advertlets boleh mengetahui citarasa semasa pengguna.
(more…)

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog