Hari tue masa tanya dengan member aku yang ambil jurusan Teknologi Maklumat, dia cakap yang di tengah belajar mengenai Command Prompt. So, aku pun nak merepek sikit pasal command Prompt nie. Command Prompt nie terdapat di Microsoft Windows dan juga Linux. Mac pun mungkin ada juga (tak pernah guna lagi). Walaubagaimanapun, aku akan tulis pasal Windows sahaja kerana ianya banyak digunakan oleh pengguna Malaysia.
Anda boleh mengakses Command Prompt cara berikut:
Start > All Programs > Accessories > Command Prompt
ataupun
Start > Run > taip cmd dan tekan ENTER
Seterusnya, untuk mengetahui command asas, anda boleh taip help dan tekan ENTER. Beberapa command dan kegunaannya akan ditunjukkan. Anda boleh mengetahui lebih lanjut bagaimana menggunakannya dengan merujuk pada Help dan Support yang terdapat pada Windows. Berikut merupakan beberapa command yang anda boleh gunakan dimana ianya tidak ditunjukkan di situ:
compmgmt.msc
Membuka panel pengurusan komputer.
devmgmt.msc
Membuka panel pengurusan hardware (device manager).
diskmgmt.msc
Membuka panel pengurusan harddisk. Anda boleh melihat partition dan sebagainya disini.
dfrg.msc
Membuka panel Disk Defragment. (Boleh diakses melalui button Start)
perfmon.msc
Melalui panel ini, anda boleh melihat tahap performance komputer anda. (Performance monitor)
winver
Mengetahui versi Windows anda.
(more…)