Huhu. Mozilla Firefox 3 pun belum keluar lagi, pihak Mozilla dah mulakan usaha membuat Mozilla Firefox 4 dan beta pertama telah dikeluarkan dengan nama kod MineField. Dan sekiranya anda berminat mencubanya, anda boleh mendapatkan daripada laman rasmi mereka secara percuma.
Mozilla telah mengeluarkan versi beta yang ketiga bagi browsernya yang bakal dikeluakan tidak lama lagi - Mozilla Firefox 3. Walaubagaimanapun, versi ini bukanlah versi akhirnya dan mungkin terdapat bug atau perkara yang perlu diperbaiki lagi. Tetapi sekiranya anda ingin mendapatkan preview bagaimana Firefox 3 yang bakal dikeluarkan, mungkin anda boleh mencubanya. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai feature dan sebagainya dilaman rasmi mereka.
Ingat lagi pasal gOS (Google Operating System) yang pernah aku tulis sebelum nie? Pada 7 Januari nie, diorang bakal mengeluarkan versi terkini sistem operasi mereka iaitu gOS Rocket ataupun gOS 2.0. Pada keluaran kali nie, mereka akan kekal menggunakan Ubuntu untuk sistem mereka, disamping menambah Google Gears yang mana membolehkan kita menggunakan aplikasi online secara offline. Dan untuk keluaran kali kedua nie, mereka bakal mengeluarkan aplikasi mereka tersendiri yang di panggil gBooth yang mana ia merupakan browser dengan webcam yang membolehkan anda edit video yang dirakam sekaligus kongsi video tersebut melalui FaceBook, YouTube dan servis web yang lain. Selain itu, pada kali nie, mereka juga telah mengintegerasi Box.NET kedalam perisian mereka nie, yang mana membolehkan anda berkongsi fail sehingga 1 Gb secara percuma.
Tidak seperti dulu yang memerlukan kita torrent, kali nie diorang dah sediakan server download mengikut benua. Walaubagaimanapun, kebanyakkan aplikasi yang disediakan memerlukan internet, dan amat dukacita bagi sesiapa yang tidak mempunyai rangkaian internet. Nampaknya, tahun 2008 merupakan tahun yang amat baik untuk Linux. Haha. Mungkin ramai akan berubah kepada sumber terbuka tidak lama lagi.
Apa-apa pun, sebelum korang download gOS nie, apa kata tengok demo dia dulu:
Baru beberapa hari yang lepas aku terima CD Ubuntu dan Kubuntu melalui pos. Hari nie, terperasan pulak yang mereka dah keluarkan versi alpha untuk Ubuntu 8.04 (Hardy Heron). Walaubagaimanapun, versi akhir untuk Ubuntu Hardy Heron nie dijangka dikeluarkan pada bulan April 2008. Antara perkara yang telah dinaik taraf dalam versi alpha Hardy Heron nie ialah X.org. Walaubagaimanapun, versi alpha nie tak berapa sesuai untuk pengguna baru kerana ianya mungkin mengandungi beberapa bug yang perlu diatasi sebelum mengeluarkan versi akhirnya. Anda boleh memuat turun versi alpha untuk Kubuntu, Edubuntu, Xubuntu, Gobuntu, dan Ubuntu Studio di laman Ubuntu.
[Imej : Henrik Christiansen]
Tak lama dulu, aku ada dengar-dengar pasal Google Operating System, dan hari nie, aku jumpa satu laman web pasal linux yang mungkin ada kena mengena dengannya, iaitu gOS. Tapi, aku masih tak dapat nak download sebab ianya dalam format torrent. Kalo direct download, sanggup gak aku tunggu, tapi nie torrent. Mati aku nak menunggu. So, aku tak dapat nak buat penjelasan lanjut. Anyway, daripada screenshot yang ditunjukkan, ianya mungkin ada kena mengena dengan Google kerana aku dapat melihat icon-icon product Google disitu.