May 30, 2008

Mari Jadikan Mozilla Firefox 3 Rekod Dunia

Mozilla Firefox 3

Sempena dengan pelancaran Mozilla Firefox 3, pihak Mozilla mengambil cabaran untuk menjadikan Mozilla Firefox tersenarai di Guinness World Record sebagai perisian yang dimuat turun ramai dalam jangka masa 24 jam pengeluarannya. Sehingga artikel ini ditulis seramai 599 orang daripada Malaysia telah mengambil cabaran menjadikan angka keseluruhannya seramai 233,386 orang. Jom menyertainya dan menjadikan Mozilla Firefox 3 sejarah dan terlibat dalam pembuatan rekod dunia nie.

April 25, 2008

Ubuntu 8.04 Hardy Heron di Lepaskan

Akhirnya, Ubuntu 8.04 yang ditunggu lama oleh para pengguna Ubuntu telah pun dikeluarkan. Versi alpha 8.04 dikeluarkan pada bulan Disember 2007, manakala versi penuhnya dikeluarkan pada hari ini - bulan April. Perkara utama yang telah dikemaskini ialah, Ubuntu 8.04 menggunakan GNOME versi terbaru yang mana telah menyertakan sekali beberapa fungsi menarik seperti Cheese (webcam), grafik yang lebih mantap, dan menyokong produk Google menggunakan perisian Evolution. Selain itu, versi 8.04 juga menyertakan perisian untuk burn DVD - Brasero, Mozilla Firefox 3, dan beberapa theme baru yang menarik.

Ubuntu 8.04

Pengguna Ubuntu sedia ada boleh mengemaskini komputer anda manakala pengguna baru boleh memuat turun atau meminta CD dihantarkan kepada anda secara percuma.

April 24, 2008

OpenOffice.org 3 Bakal Keluar Pada 2 September 08

OpenOffice.org 3

Mungkin ramai yang tak sabar-sabar dengan Mozilla 3 yang bakal keluar tidak lama lagi. Tetapi, tahukah anda bahawa OpenOffice.org juga akan mengeluarkan versi ke-3 pada bulan September ini. Huhu. Nampaknya, kini perisian sumber terbuka mendapat perhatian ramai. Malah perkara yang amat mengembirakan ialah OpenOffice.org 3 juga akan menyokong kesemua format Microsoft Office 2007 seperti .docx, .pptx, dan .xlsx. Bagi yang ingin mencubanya terlebih dahulu sebelum versi penuh dikeluarkan, anda boleh lawati laman rasmi mereka. Walaubagaimanapun, ini adalah versi beta, dimana ianya bukan hasil akhir bagi OpenOffice.org 3.

April 21, 2008

Half-Life ke Platform Linux?

Half-Life Linux

Nampaknya, tak lama lagi, sistem operasi linux akan setanding dengan sistem operasi yang lain. Ini adalah kerana, kini banyak syarikat yang telah membangunkan perisian mereka untuk sistem operasi Linux dan juga Windows. Terbaru, Valve yang terkenal dengan permainan Half-Life dan Counter-Strike, sedang mencari software developer yang boleh membangunkan permainan mereka untuk sistem operasi Linux. Huhu. Sebelum nie, ramai member aku yang tak nak beralih kepada Linux kerana tiada banyak permainan yang boleh di install. Mungkin tidak lama lagi, Linux akan menjadi permintaan utama pengguna komputer. Huhu.

March 27, 2008

Fedora 9 (Sulphur) Beta Di Keluarkan

Fedora telah mengeluarkan versi beta bagi Fedora 9 yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi. Bagi yang masih tidak mengetahui apa itu Fedora, ianya merupakan salah satu sistem operasi komputer sama seperti Windows. Cuma, ianya dibangunkan dengan menggunakan sumber terbuka atau lebih dikenali sebagai distribusi Linux dikalangan orang ramai.

Fedora Firefox

So, bagi yang telah atau pernah menggunakan Fedora sebelum nie, mungkin tertanya apakah yang disediakan dalam versi terbaru ini nanti. Fedora 9 Beta dikeluarkan dengan GNOME 2.22 yang mana ianya telah dinaik taraf daripada versi sebelumnya, dan dikatakan setaraf Vista. Selain itu, Fedora 9 juga bakal menggunakan Mozilla Firefox 3. More info baca kat laman rasmi Fedora Beta 9.

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog