February 4, 2008

Ultimate Boot CD Untuk Windows

Masa kat UNiSEL selalu jer ada masalah ngan boot la, Windows yang corrupt ler ngan macam-macam lagi. Selalunya guna Live CD Ubuntu untuk setel sumer problem. Tapi ada gak aku try Portable Windows, walaupun tak berapa best, tapi masih boleh digunakan. Haha. Anyway, hari nie terjumpa Ultimate Boot CD for Windows. Ianya berasaskan kepada Portable Windows tetapi mempunyai lebih banyak aplikasi yang terkandung didalamnya. Dengan Ultimate Boot CD nie, anda boleh membaiki lebih banyak perkara tanpa perlu memasuki Windows.

USB Boot

With network support, the ability to modify NTFS volumes, recover deleted files, create new NTFS volumes, scan hard drives for viruses, etc. this project includes almost everything you need to repair your system problems. This project has been put together to be the ultimate recovery cd and not a replacement OS (Operating System).

Berbeza dengan Windows, perisian nie adalah percuma dan anda boleh memuat turunnya tanpa kos daripada laman web mereka atau dari PlanetMirror, walaubagaimanapun, lebih baik anda gunakan Broadband ketika muat turun kerana saiznya yang besar, iaitu lebih kurang 223mb.

January 4, 2008

Pack Transformasi Untuk Windows XP

Sebelum nie, kita selalu dengar hanya pasal Vista Transformation Pack yang mana kini telah mencecah versi ke lapan. Tetapi, tahukah korang yang terdapat pelbagai lagi Transformation Pack yang korang boleh gunakan untuk mengubah user interface desktop Windows XP korang?

Berikut merupakan dua tranformation pack yang korang boleh gunakan untuk mengubah user interface Windows XP yang mana aku rasa agak menarik:

Ubuntu Transformation Pack

Ubuntu Transformation Pack

Tentu korang pernah dengar mengenai Ubuntu. Baru-baru nie pun, Fauzi a.k.a Cypher telah melancarkan laman blog Ubuntu dalam bahasa Melayu. Selain itu, terdapat juga komuniti Ubuntu Malaysia yang tersendiri. Sekiranya anda terlalu takut untuk mencuba Ubuntu di komputer anda, anda boleh mencuba Ubuntu Transformation Pack nie yang mana ianya hanya mengubah reka bentuk desktop anda sahaja, dan sekiranya anda berkenan, korang boleh minta CD Ubuntu secara percuma.

Muat Turun (Uploaded by Amanz) | Laman Rasmi

Fedora Transformation Pack

Fedora Transformation Pack

Nie pula berasaskan kepada sistem operasi Fedora. Sekali lagi, sekiranya korang minat menggunakan user interface nie, maka korang boleh mencuba Fedora secara percuma. Aku masih belum pernah mencuba lagi Fedora disebabkan pemasangannya memerlukan lebih kurang 3CD. Tak larat den nak download. Haha. Anyway, mungkin aku akan cuba Transformation Pack untuk Ubuntu dan Fedora nie.

Muat Turun | Laman Pembangun

December 12, 2007

Microsoft Office 2007 Service Pack 1

Selepas lebih kurang setahun Microsoft mengeluarkan Office 2007, kini mereka telah mengeluarkan Service Pack 1 khas untuk Office 2007. Menurut Microsoft, mereka telah menaik taraf kadar kestabilan disamping perkara lain. Mungkin sekiranya anda menggunakan Office 2007, maka anda boleh menaik taraf ke Service Pack 1 secara percuma.

Walaubagaimanapun, aku masih kurang berminat dengan Office 2007 (walaupun dah install kat rumah) kerana grafiknya yang melampau sehingga aku kadang kala tercari-cari fungsi yang ingin digunakan. Aku lebih gemar menggunakan Office XP dan OpenOffice.

December 5, 2007

Virus Dan Budak Universiti - Brontox

Sejak masuk Universiti jer, asyik dengar pasal virus tue, nie dan macam-macam virus. Sampaikan, setiap minggu ada jer laptop atau PC yang kena diformat. So, untuk beberapa hari nie, mungkin aku akan tulis membuang beberapa virus yang terhangat diantara pelajar-pelajar Universiti.

Dan untuk permulaan nie, aku akan bagi Brontox Removal Tools. Sesiapa yang masih tidak mengetahui apa itu Brontox, ianya merupakan sejenis virus yang berasal dari negara jiran kita, Indonesia yang mana ianya akan create sejenis aplikasi didalam setiap folder menggunakan nama folder itu sendiri. Ianya akan memberatkan komputer kita sekaligus memakan RAM yang banyak.

Tue jer, serba sedikit mengenai Brontox, dan sekiranya komputer korang ada simpton-simpton terkena Brontox, maka korang boleh download Brontox Removal Tools:


Anti Brontox
76 K

Brontox Cleaner
12 K

December 1, 2007

Vista Transformation Pack 8

Bagi yang tak mampu nak beli Windows Vista, korang boleh donlot Vista Transformation Pack versi 8, yang mana lagi banyak bug telah diperbaiki. Untuk gunakan software nie, korang kena ada Windows XP SP2, sebab software nie kurang mesra ngan XP SP1.

Vista Transformation


Download
Saiz : 27.55Mb

Korang boleh baca segalanya mengenai versi ke-8 nie kat laman rasmi mereka.

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog