Makin hari makin banyak aplikasi yang menarik dikeluarkan. Huhu. Terbaru, Digsby iaitu salah satu aplikasi dimana ianya merangkumi dan mempermudahkan tiga perkara yang sering dilakukan oleh pengguna internet seluruh dunia.
IM

Instant Messaging seperti YM!, MSN dan GTalk telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan online seseorang. Dengan menggunakan Digsby, anda boleh mengabungkan ke semua IM didalam satu aplikasi. Ianya dapat menjimatkan ruang anda kerana dengan adanya Digsby, anda boleh uninstall IM yang lain, disamping menjimatkan masa anda untuk login. Selain itu, anda juga boleh
merge user yang sama, selain boleh menghantar SMS hanya melalui Digsby (mungkin bukan semua negara yang di
support)
E-Mel
Kini anda boleh menerima dan manage emel daripada pelbagai khidmat emel seperti Hotmail, Yahoo! Mail, GTalk, AOL/AIM Mail, IMAP, dan POP dengan mudah. Anda hanya perlu settingnya hanya sekali dan anda akan mendapat notifikasi setiap kali anda menerima emel baru.
Web Sosial
Dengan Digsby anda boleh mendapat alert mengenai perkembangan terbaru profil rakan anda, event baru yang akan datang, dan menambah NewsFeed untuk sentiasa ketahui berita-berita terkini.