December 30, 2007

Wireless Makin Murah, Tetapi…

Nampaknya dunia internet Malaysia sedang berkembang. Kini, Maxis dan Celcom, kedua-duanya memberikan akses internet sehingga 3.6MBps untuk kadar RM98 sebulan. Unlimited lagi tue weh.

Celcom Wireless Broadband
Pakej Celcom Wireless Broadband

Maxis Wireless Broadband
Pakej Maxis Wireless Broadband

Tapi apa yang mendukacitakan ialah Batang Berjuntai a.k.a UNiSEL masih tidak disupport oleh mereka. Dah ar perkhidmatan wireless kat dalam UNiSEL tue takde connection langsung, bertambah lagi dengan kedua-dua syarikat telekomunikasi kat Malaysia nie tak support UNiSEL. Memang tak dapat nak online ler. Haha. Kalau nak online gak kat UNiSEL nun, kena bawak laptop gi kat Pusat Komuniti Pelajar dan online. Bagaimana lak ngan budak yang bawak desktop?

So, camne ngan Universiti korang lak?

December 11, 2007

Pakej Hosting Untuk Pelajar Dari Exabytes

Baru sebentar tadi dapat emel daripada pihak Exabytes. Nampaknya mereka dah release pakej baru khas untuk Pelajar dibawah pakej X-Student. Sebuah pakej yang menarik dengan 1Gb ruang dan 5Gb bandwith. Dan pakej-pakej lain yang serupa dengan pakej hosting exabytes yang lain pada harga RM99.

Exabytes X-Student Banner

Selain daripada itu, aku gak ada dapat Kalender 2008 yang dihantar khas oleh Exabytes untuk penggunanya. Nie bukan yang digital tetapi yang fizikal nyer, kalender meja. Memang cun dan menarik. Mungkin ramai lagi yang dah dapat, tetapi masih belum menulis di blog mereka.

December 10, 2007

Laman Heritage di Hack!!!

Beberapa bulan yang dulu aku ada menulis mengenai laman web TV3 yang kena hack, dan hari nie, masa membaca salah satu blog, terbaca yang laman web Kerajaan Malaysia pun kena hack. Huhu. Masa aku try masuk tadi, dia tulis Cannot Find Server. Mungkin pihak kerajaan dalam proses membetulkan laman web tersebut kot.

Heritage Hacked

December 8, 2007

Happy - Prepaid Terbaru Daripada Team DiGi

Huhu.Ada dengar pasal prepaid terbaru - HAPPY? Kalau korang baca surat khabar hari nie ngan semalam, maybe korang ada perasan. Huhu. Kadar diorang memang best kalau korang nak bergayut lebih daripada Seminit Empat Puluh Saat, kerana mereka caj Satu Sen untuk Setiap Saat dan tidak akan caj lebih daripada 99sen untuk setiap panggilan. Dan yang paling bestnya ialah untuk sebarang rangkaian. Nombor yang digunakan ialah 014. Musykil gak aku, sebab DiGi guna 0146 ngan 0143, Celcom guna 0148, Hotlink guna 0142. Maybe yang lain tue Happy amik kot. Walaubagaimanapun, oleh kerana diorang bergantung pada line DiGi, menyebabkan beberapa member aku tolak tawaran aku begitu sahaja. Huhu.

Tapi satu perkara yang menarik mengenai Happy nie ialah, ianya mesra untuk pengguna online, dimana anda boleh order simpack percuma melalui online, reload melalui online, dan masuk blog aku ketika membuat urusniaga tersebut. Huhu.

Faedah:
Hanya RM0.99 satu panggilan
Hanya RM0.01 sesaat sehingga RM0.99
Hanya RM0.10 satu SMS kepada sesiapa sahaja
Tempoh aktif selama 60 hari dngan sebarang tambahnilai

Walaubagaimanapun, time usha website diorang, aku terpegun dengan kebolehan web Happy untuk berubah-ubah warna setiap kali refresh ataupun apabila setiap link di klik. Tapi, adakah tema warna yang dipilih mereka adalah sesuai?

Happy Prepaid
Laman Web Celcom?

Happy Prepaid
Macam mana diorang boleh upah webdesigner nie. Sakit mata aku nak membaca.

Anyway, atas dasar nak bertanya, aku pun klik pada Tanyalah Happy, tapi tak jumpa sebarang emel untuk dihubungi. Mungkin aku perlu hubungi 014 345 6789 untuk bercakap mereka…

December 7, 2007

YM! Untuk Vista + Updates

Bagi pengguna Windows Vista, kini korang pun boleh lepak sekali ngan kitorang kat chatroom YM!. Aku tak tau dah berapa lama dah diorang keluarkan YM! untuk Windows Vista nie, tapi baru hari nie aku perasan lepas baca entri Melayu Ubuntu. Walaubagaimanapun, menurutnya, tindak balas YM! dengan penunjuk tetikus adalah tidak sekata. Mungkin disebabkan malasah Vista ataupun YM!. Dan tak kusangka yang MelayUbuntu merupakan pengguna Vista disamping Ubuntu. Huhu.

Update : Aku tak sempat nak upload video. Cek balik lusa. Huhu. Esok result nak keluar dan reka bentuk blog aku lagi lawa dari yang web UNiSEL punya. Huhu. (Bangga Diri Jap)

Update 2:
Saja-saja nak try buat web anime dan failnya akan aku host kan kat Box.NET. So, apa kata kalo korang cuba try test dengan episod Naruto yang terbaru nie - Naruto Shippudden 38. Kalo speed dia okay, bagi tau aku. Huhu

Update 3:
Mulai hari nie, PC Fair kat bahagian central Malaysia telah dimulakan. Korang boleh usha produk baru kat situ. Huhu. Agak-agak, MiMoS dah start jual MakCik PC blum?

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog