February 10, 2008

Aku.Cinta.Digsby

Akhirnya, aku dapat juga peluang untuk mencuba Digsby yang aku tulis mengenainya tempoh hari. Secara keseluruhannya, ianya memang amat menarik sekali. Aku memang sudah jatuh cinta dengannya. Haha. Anyway, maafkan aku disebabkan aku lupa memberi link tempoh hari. Kini aku sudah ada softwarenya, tetapi walaupun aku share dengan korang, korang masih tidak boleh gunakannya kerana ketika pemasangan (install) mereka meminta invitation code. Walaubagaimanapun, salah satu fungsi yang aku amat suka sekali dalam Digsby ialah, kita mampu online lebih daripada satu akaun dalam satu masa. Bukannya aku mengatakan mengenai Yahoo! Messenger dan GTalk, tetapi aku mengatakan mengenai Yahoo! Messenger dan Yahoo! Messenger. Haha. Lepas nie, sesiapa yang ada akaun lebih daripada satu tue, boleh ler online serentak menggunakan kedua-dua akaun anda.

Digsby

Akaun YM! aku yang aktif cuma lah satu, tetapi, untuk demo nie, aku gunakan akaun Yahoo! yang sudah lebih tiga tahun tidak digunakan. Huhu. Siapa cakap akan delete akaun jikalau tidak aktif selama tiga bulan? I love Digsby.

December 20, 2007

Review : Web Hosting Choice

The following is a paid review:

Sering menhadapi masalah ketika membuat pencarian web hosting? Kini korang takyah risau lagi, sebab ada satu laman web yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah tersebut. Web Hosting Choice ialah suatu laman web yang mana ianya menyediakan perkhidmatan direktori web hosting yang mana membolehkan anda membuat pencarian laman web hosting terbaik dan termurah untuk web atau blog anda. Selain itu, melalui enjin carian mereka juga, anda boleh mencari sebarang hosting yang menepati pilihan anda.

Web Hosting Choice

Mengikut info yang terdapat pada WHOIS domain mereka, saya mendapati yang domain ini telah didaftarkan pada 12-Jul-2003 dan akan tamat pada 12-Jul-2010 sekiranya tidak di kemaskini. Ini menunjukkan yang mereka telah lama dalam industri ini. Tetapi jangan salah anggap, mereka tidak menjual sebarang hosting, sebaliknya berfungsi sebagai sebuah direktori yang mengumpulkan kesemua hosting berbayar.

Walaubagaimanapun, terdapat sedikit masalah ketika saya membuat penulisan ini, dimana muka untuk menghantar laman hosting mempunyai masalah sedikit. Mungkin mereka dalam proses hendak menaik taraf form mereka atau sebagainya yang perlu segera diberi perhatian.

Selain daripada itu, setiap halaman laman web mereka juga menyatakan yang mereka lebih suka hosting HostGator, dan laman mereka sendiri menggunakan hosting daripada HostGator.

Dan setelah melakukan sedikit carian, saya mendapati tiada lagi laman web hosting daripada Malaysia yang tersenarai disana. Mungkin pemilik laman web hosting boleh mula menghantar laman mereka ke Web Hosting Choice secara percuma setelah masalah penghantaran tersebut selesai. Sekiranya anda tercari-cari web hosting yang murah, saya lebih mengesyorkan hosting Unix.

Akhir sekali, sekiranya anda merupakan pengguna baru dan maish bler-bler mengenai apa itu web hosting dan sebagainya, sila kunjungi halaman FAQ mereka dimana setiap persoalan yang ditanya oleh newbie terjawab disana.

December 14, 2007

GrabMyAds - Lagi Laman Pengiklanan Dari Malaysia?

GrabMyAds

Gambar : Muka Hadapan Laman GrabMyAds

Lagi satu syarikat pengiklanan dari Malaysia - GrabMyAds. Tapi aku masih was-was ngan nie dan aku belum daftar ngan mereka lagi. Bila aku lihat halaman About Us, mereka telah menulis mengenai segala-galanya, kecuali aku tak dapat melihat nama syarikat tersebut dan no syarikat tersebut (mungkin aku jer kot tak nampak). Malah menurut CypherHackz, domain GrabMyAds nie telah berdaftar pada 14 Nov 2006, tetapi hanya dilancarkan pada 21 Nov dan aku masih belum melihat Blogger yang menggunakan servis mereka. Aku pun tak jadi nak daftar sebab masa pendaftaran mereka meminta nombor kad pengenalan. Aku tak nampak sebarang rasioal permintaan no kad pengenalan disebabkan nanti masa pembayaran, bukannya nombor kad pengenalan ditulis pada cek kita. Malah rekabentuk laman web mereka pun masih kurang menarik. Huhu. Ini mungkin pendapat aku jer, so sekiranya anda telah menggunakan servis nie, sila-silalah komen yerk.

BTW, sekarang Malaysia dah ada tiga syarikat pengiklanan secara dalam talian iaiatu NuffNang, Advertlets, dan juga yang terbaru nie, GrabMyAds.

December 8, 2007

Happy - Prepaid Terbaru Daripada Team DiGi

Huhu.Ada dengar pasal prepaid terbaru - HAPPY? Kalau korang baca surat khabar hari nie ngan semalam, maybe korang ada perasan. Huhu. Kadar diorang memang best kalau korang nak bergayut lebih daripada Seminit Empat Puluh Saat, kerana mereka caj Satu Sen untuk Setiap Saat dan tidak akan caj lebih daripada 99sen untuk setiap panggilan. Dan yang paling bestnya ialah untuk sebarang rangkaian. Nombor yang digunakan ialah 014. Musykil gak aku, sebab DiGi guna 0146 ngan 0143, Celcom guna 0148, Hotlink guna 0142. Maybe yang lain tue Happy amik kot. Walaubagaimanapun, oleh kerana diorang bergantung pada line DiGi, menyebabkan beberapa member aku tolak tawaran aku begitu sahaja. Huhu.

Tapi satu perkara yang menarik mengenai Happy nie ialah, ianya mesra untuk pengguna online, dimana anda boleh order simpack percuma melalui online, reload melalui online, dan masuk blog aku ketika membuat urusniaga tersebut. Huhu.

Faedah:
Hanya RM0.99 satu panggilan
Hanya RM0.01 sesaat sehingga RM0.99
Hanya RM0.10 satu SMS kepada sesiapa sahaja
Tempoh aktif selama 60 hari dngan sebarang tambahnilai

Walaubagaimanapun, time usha website diorang, aku terpegun dengan kebolehan web Happy untuk berubah-ubah warna setiap kali refresh ataupun apabila setiap link di klik. Tapi, adakah tema warna yang dipilih mereka adalah sesuai?

Happy Prepaid
Laman Web Celcom?

Happy Prepaid
Macam mana diorang boleh upah webdesigner nie. Sakit mata aku nak membaca.

Anyway, atas dasar nak bertanya, aku pun klik pada Tanyalah Happy, tapi tak jumpa sebarang emel untuk dihubungi. Mungkin aku perlu hubungi 014 345 6789 untuk bercakap mereka…

September 15, 2007

Peluang Menjana RM20 Melalui Advertlets

Baru sebentar tadi aku terbaca di blog Infomalaya mengatakan bahawa Bat telah pun mendapat cek pertamanya melalui Advertlets. Panas gak hati aku lepas baca artikel tue. Anyway, sebab berpuasa, aku sabar sahaja dan terus ke laman Advertlets untuk melihat berapakah pendapatan aku melalui Advertlets selama aku menyertainya. Angkanya disitu menunjukkan bahawa aku telah mendapat sebanyak RM83.755. Dan aku juga tersedar satu link dibahagian bawah yang membolehkan aku mendapat RM20 sekaligus membolehkan cek pertama aku dikeluarkan.

Advertlets

Tetapi, kali nie, blogvertorials nie hanya dikhaskan kepada sesiapa yang masih belum mendapat cek melalui Advertlets sahaja. So, sesapa yang sedih melihat pendapatan anda melalui Advertlets, maka anda boleh mengambil peluang ini dan menambah RM20 lagi ke akaun anda. Anyhow, aku sedang berhutang dengan hosting aku, dan mungkin duit ini boleh digunakan oleh aku untuk membeli hosting selama setahun terus. Huhuhu… Bercakap pasal hosting, Advertlets menggunakan hosting IPServerOne untuk laman webnya, yang mana harga minimum adalah RM149 dan aku masih memerlukan lebih kurang RM50 sekiranya post ini mendapat RM20.

Dan, mungkin pada masa hadapan, selain daripada memberi duit sebagai imbuhan untuk menulis, Advertlets boleh menawarkan domain dan hosting, supaya lebih ramai penulis blog Malaysia mempunyai domain sendiri dan tidak bergantung kepada Blogspot dan sebagainya. Walauapapun, Advertlets memang merupakan Blog Advertising in Asia. Advertlets Batu(Rocks).

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog