March 29, 2007

The Apprentice Season 6

Rancangan realiti TV yang telah melonjakkan nama Donald Trump, The Apprentice telah pun memasuki musim ke enam sejak bulan Januari yang lalu. Tetapi, sehingga hari nie, masih tiada sebarang reaksi dari stesen Media Prima mengenainya. Mungkin tahun depan baru kita dapat menyakisikannya kot.

Bagi yang pernah menonton rancangan nie, anda mungkin mengetahui konsep program nie, iaitu setiap kumpulan yang menang dalam tugasan mereka akan diberikan ganjaran yang setimpal, manakal kumpulan yang kalah akan masuk ke dalam “board room” dimana salah seorang daripada mereka akan dipecat.

Tetapi, dalam musim ke-6 nie, Donald Trump dan produksi The Apprentice 6 telah membuat sedikit perubahan dimana setiap kumpulan yang menang berpeluang tinggal di sebuah bilik yang mewah, manakala kumpulan yang mengalami kekalahan terpaksa bermalam dan tinggal di dalam khemah. Selain itu, kumpulan yang kalah juga perlu meneruskan hidup mereka di luar bangunan sehingga kumpulan mereka menang, seperti mandi di luar bangunan, tidur dalam khemah dan sebagainya.

Lagi satu perubahan yang ketara ialah Project Manager untuk kumpulan yang menang akan kekal sebagai ketua kumpulan sehingga kumpulan pimpinannya kalah. Selain itu, Project Manager bagi kumpulan yang menang tue boleh join sekali dalam board room untuk menentukan siapa yang akan di pecat bagi kumpulan yang kalah.

Wow, tak sabar nak tonton The Apprentice 6 nie. TV3, cepatlah letak yerk. Bagi yang ada connection internet kat rumah, boleh layan secara online kat laman NBC.

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog