December 7, 2007

YM! Untuk Vista + Updates

Bagi pengguna Windows Vista, kini korang pun boleh lepak sekali ngan kitorang kat chatroom YM!. Aku tak tau dah berapa lama dah diorang keluarkan YM! untuk Windows Vista nie, tapi baru hari nie aku perasan lepas baca entri Melayu Ubuntu. Walaubagaimanapun, menurutnya, tindak balas YM! dengan penunjuk tetikus adalah tidak sekata. Mungkin disebabkan malasah Vista ataupun YM!. Dan tak kusangka yang MelayUbuntu merupakan pengguna Vista disamping Ubuntu. Huhu.

Update : Aku tak sempat nak upload video. Cek balik lusa. Huhu. Esok result nak keluar dan reka bentuk blog aku lagi lawa dari yang web UNiSEL punya. Huhu. (Bangga Diri Jap)

Update 2:
Saja-saja nak try buat web anime dan failnya akan aku host kan kat Box.NET. So, apa kata kalo korang cuba try test dengan episod Naruto yang terbaru nie - Naruto Shippudden 38. Kalo speed dia okay, bagi tau aku. Huhu

Update 3:
Mulai hari nie, PC Fair kat bahagian central Malaysia telah dimulakan. Korang boleh usha produk baru kat situ. Huhu. Agak-agak, MiMoS dah start jual MakCik PC blum?

December 1, 2007

Vista Transformation Pack 8

Bagi yang tak mampu nak beli Windows Vista, korang boleh donlot Vista Transformation Pack versi 8, yang mana lagi banyak bug telah diperbaiki. Untuk gunakan software nie, korang kena ada Windows XP SP2, sebab software nie kurang mesra ngan XP SP1.

Vista Transformation


Download
Saiz : 27.55Mb

Korang boleh baca segalanya mengenai versi ke-8 nie kat laman rasmi mereka.

September 17, 2007

Windows Live Translator - Perkhidmatan Terjemaah Terbaru dari Microsoft

Baru beberapa hari yang lepas Microsost telah melancarkan perkhidmatan terbarunya yang menyerupai BabelFish iaitu Windows Live Translator. Sama seperti perkhidmatan translasi yang lain, Windows Live Translator membolehkan anda menterjemaah sesuatu laman web atau ayat dengan amat mudah. Walaubagaimanapun, masih tiada fungsi untuk menterjemaah daripada bahasa Melayu kepada English. Windows Live Translator menggunakan perisian Systran untuk menterjemaah.

Micrososft Translate

September 4, 2007

Sembang Tech Ed 2007

Update 1: Program yang diadakan oleh Nuffnang nie cumalah program preview untuk conference tue jer. Bukannya yang bernilai RM1299 tue.

Update 2: Laman web TV3 dah ditutup sepenuhnya. Maybe nak update firewall lepas lama di hacked.

Sembang Tech ED 2007

Baru sebentar tadi aku dapat email jemputan ke conference teknologi yang bakal diadakan tidak lama lagi yang mana 35 tempat disediakan oleh pihak Nuffnang. Conference tu lak diadakan oleh pihak Microsoft, dan bayaran yang dikenakan oleh pihak Microsoft adalah sebanyak RM1299. Tetapi sekiranya anda pergi melalui Nuffnang, maka anda dapat menyertainya secara percuma. Aku masih pening dengan jemputan Nuffnang tersebut, kerana dalam email tersebut, dinyatakan tarikhnya adalah pada 9 Sept 2007, tetapi pada laman rasminya pula adalah pada 10-13 September. AKu akan cuba hubungi pihak Nuffnang dan tulis balasan mereka nanti. Tetapi, mungkin aku tidak dapat menghadiri conference tersebut kerana terikat dengan pelajaran.

August 16, 2007

Hotmail Goes 5GB

Nampaknya, kini Microsoft dah mula memberi perhatian kepada masyarakat online melalui lamannya, Live.com. Terbaru, mereka telah meningkatkan ruangan emel daripada 2GB kepada 5GB sekaligus meninggalkan jauh perkhidmatan emel milik Google, GMail. Walaubagaimanapun, mereka masih tidak dapat menandingi perkhidmatan Yahoo! Mail. Walaupun pada tahun lalu Google muncul sebagai penawar perkhidmatan emel sehingga 100 kali ganda berbanding yang lain, tetapi kini ianya adalah penawar perkhidmatan emel yang menawarkan ruangan paling sedikit kerana Yahoo! kini menawarkan unlimited space manakala Live menawarkan 5GB.

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog