Sebelum nie, kita selalu dengar hanya pasal Vista Transformation Pack yang mana kini telah mencecah versi ke lapan. Tetapi, tahukah korang yang terdapat pelbagai lagi Transformation Pack yang korang boleh gunakan untuk mengubah user interface desktop Windows XP korang?
Berikut merupakan dua tranformation pack yang korang boleh gunakan untuk mengubah user interface Windows XP yang mana aku rasa agak menarik:
Ubuntu Transformation Pack
Tentu korang pernah dengar mengenai Ubuntu. Baru-baru nie pun, Fauzi a.k.a Cypher telah melancarkan laman blog Ubuntu dalam bahasa Melayu. Selain itu, terdapat juga komuniti Ubuntu Malaysia yang tersendiri. Sekiranya anda terlalu takut untuk mencuba Ubuntu di komputer anda, anda boleh mencuba Ubuntu Transformation Pack nie yang mana ianya hanya mengubah reka bentuk desktop anda sahaja, dan sekiranya anda berkenan, korang boleh minta CD Ubuntu secara percuma.
Muat Turun (Uploaded by Amanz) | Laman Rasmi
Fedora Transformation Pack
Nie pula berasaskan kepada sistem operasi Fedora. Sekali lagi, sekiranya korang minat menggunakan user interface nie, maka korang boleh mencuba Fedora secara percuma. Aku masih belum pernah mencuba lagi Fedora disebabkan pemasangannya memerlukan lebih kurang 3CD. Tak larat den nak download. Haha. Anyway, mungkin aku akan cuba Transformation Pack untuk Ubuntu dan Fedora nie.
Muat Turun | Laman Pembangun