May 23, 2008

Live Search CashBack Pesaing Google Checkout?

Live Search CashBack

Nampaknya, setelah gagal memperolehi Yahoo!, kini Microsoft sedang menarik minat orang ramai untuk menggunakan enjin cariannya. Terbaru, Microsoft mengumumkan program Live Search CashBack dimana para pengguna internet berpeluang untuk membeli produk atau barangan melalui internet dengan kadar yang lebih murah. Mungkin perkara ini tidak begitu menarik minat orang Malaysia, tetapi ianya mungkin merupakan berita yang amat gembira bagi rakyat US. Walaupun agak menarik, mungkin Live Search CashBack merupakan pesaing terdekat bagi Google CheckOut.

May 4, 2008

Microsoft Menarik Diri Daripada Membida Yahoo!

Kalo anda masih belum terbaca lagi, Microsoft telah menarik diri daripada membida Yahoo!. Mungkin ini akan membawa berita yang amat gembira kepada para pengguna internet dan juga kepada pihak Google. Huhu

P.S: Apa akan terjadi sekiranya Yahoo! menerima tawaran Microsoft?

April 28, 2008

Kemaskini XP Anda Kepada SP3

Update: Direct Link SP3 (xp lanun boleh guna)

Perkara yang ditunggu-tunggu oleh para pengguna XP akhirnya tiba. Sudahkah anda mengemaskini XP anda kepada Service Pack 3? Di dalam SP3, pelbagai masalah sekuriti dan bugs telah dikemaskini. Malah untuk memuatturun SP3, anda tidak perlu mendaftar dengan Microsoft atau membuat sebarang perkara, malah anda boleh menaik taraf XP anda secara offline. Untuk menaik taraf XP anda, anda boleh memuat turun pakej SP3 ini dan seterusnya memasangnya (install) pada PC anda. Dan sekiranya anda mengalami sebarang masalah ketika menggunakan SP3 nie, anda boleh melaporkan terus kepada pihak Micorosft melalui forum mereka.

April 13, 2008

Yahoo! Akan Bergabung Dengan Microsoft?

Dah beberapa minggu tidak mendengar mengenai berita Yahoo! dan Microsoft. Ingatkan dah tamat perbincangan mereka. Huhu. Tapi, terbaru aku dengar yang Yahoo! masih dalam proses pemberian jawapan. Dan ada yang mengatakan peratus Yahoo! menerima tawaran daripada Microsoft adalah amat tinggi. Hmm. Apakah yang akan terjadi kepada Yahoo! sekiranya ia menerima tawaran tersebut? Huhu. Apa akan terjadi kepada komunti Flickr dan MyBlogLog serta del.icio.us?

Selain itu, Yahoo! juga telah mengumumkan yang mereka akan menggunakan Google Adsense pada laman mereka. Langkah ini dikatakan bertujuan untuk memaksimakan nilai pemegang saham (yang menekan Yahoo! untuk menerima tawaran Microsoft). Perkara ini tidak berapa mengejutkan memandangkan Yahoo! pernah menggunakan enjin carian Google pada suatu masa dahulu.

March 6, 2008

Internet Explorer 8 Beta Dikeluarkan

IE8 BetaSepertimana yang diketahui ramai, IE tidak berapa sesuai untuk melayari laman web kerana terdapat sedikit masalah dalam me”render” sedikit kod. Oleh itu ramai yang menggunakan Mozilla Firefox untuk melayari laman web. Untuk mengatasi masalah nie, Microsoft telah pun mengeluarkan versi terbaru IE8 yang mana telah menyelesaikan beberapa masalah dan menambah sedikit feature seperti Automatic Crash Recovery (yang mana telah lama ditawarkan oleh Mozilla Firefox), dan phisher filtering yang telah dinaik taraf. Mungkin bagi pengguna dan peminat IE, anda boleh mendapatkan IE8 dan menikmati feature terbaru daripada Microsoft, ataupun tunggu sehingga Mozilla Firefox 3 dikeluarkan. Oh ya, pastikan anda memilih Windows yang betul, samaada XP ataupun Vista sebelum memuat turun.

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog