November 10, 2007

Wajah Baru WangCyber.com

Nampaknya WangCyber berubah wajah lagi buat kesekian kalinya. Kali ini, mereka menggunakan warna tema yang digunakan buat pertama kalinya WangCyber diperkenalkan, iaitu warna biru. Bagi yang masih tak tahu mengenai WangCyber, ianya merupakan sebuah website komuniti maya bagi rakyat Malaysia yang berminat di dalam dunia perniagaan internet. Website komuniti ini telah diwujudkan dan diasaskan oleh saudara Mohd Suhaimy (shuth) pada bulan Disember 2006.

WangCyber Pada Awal Kemunculannya
Dec 05 - WangCyber Pada Awal Kemunculannya

Sejak daripada itu, WangCyber mengalami perubahan reka bentuk muka utama sebanyak dua kali, tetapi rekabentuk pada bahagian forum dikekalkan dengan menggunakan rekabentuk asas phpBB (kalau tak silap ler).

WangCyber Pada Bulan April 06
Apr 06 - Reka Bentuk Muka Utama WangCyber

WangCyber pada Bulan Aug 06
Aug 06 - Reka Bentuk Utama WangCyber

Pada bulan September 2006, WangCyber menggunakan tema berwarna merah-hitam sehingga bulan November 2007, sebelum mengubah kepada rekabentuk yang baru. Pada pandangan aku, rekabentuk merah-hitam ini amat menarik hati aku berbanding dengan rekabentuk yang digunakan sekarang. Tapi, disebabkan ianya forum komuniti, maka pilihan majoriti memainkan peranan, dan mungkin aku akan dapat menyesuaikan diri dalam beberapa hari lagi.

WangCyber pada sep 06
Sep 06 - Rekabentuk Muka Utama WangCyber

Forum Wangcyber pada sep 06
Sep 06 - Rekabentuk Forum WangCyber

Dan bagi yang masih belum lagi melihat rekabentuk WangCyber yang baru, berikut merupakan screenshotnya;

WangCyber New

Blog diletakkan pada halaman utama WangCyber. Pembaca dapat membaca berita terkini dan mungkin artikel terbaru melalui blog WangCyber. Selain itu, halaman about-us juga telah ditambah. Sejarah WangCyber tue…

WangCyber New

WangCyber New

Rekabentuk Forum WangCyber yang terbaru. Iklan tidak lagi diletakkan pada bahagian bawah header, sebaliknya, diletakkan pada bahagian sidebar.

Itu sahaja yang sempat aku tulis sebelum masa aku di cyber cafe nie ditamatkan. Mungkin lepas kembali ke UNiSEL nanti, aku akan mula aktif kembali di WangCyber. Exam week tue…Huhu

October 12, 2007

Selamat Hari Raya 1428H

Selamat Hari Raya

Angkasawan Malaysia Ke ISS

Bagi korang-korang yang terlepas nak tonton detik-detik pelepasan angkasawan negara kita tempoh hari, sila-silalah muat turun video berikut. Aku pun hari tue tak dapat nak tonton siaran langsung nie sebab RTM1 kat tempat aku nie tak brape clear. Lagipun kan time tue solat terawih. :P Anyway, sesapa yang terlepas nak tonton atau kalo nak tonton lagi sekalipun, sila-silalah donwload video berikut:

Angkasawan Malaysia ke ISS


Angkasawan Malaysia
23 Mb
Real Format

Kalau tak puas hati ngan satu video nie jer, korang boleh ke laman rasmi Angkasawan dan lihat koleksi-koleksi video lain disana.

Originally uploaded by Atoq from Syok.org

October 8, 2007

Musang Berapi - Firefox Versi Bahasa Malaysia

Baru sebentar tadi aku terjumpa plugin terbaru untuk Firefox iaitu plugin Bahasa Malaysia. Ya, ia mengubah hampir keseluruhan antaramuka browser Firefox anda kepada Bahasa Malaysia. Bagi yang sudah biasa menggunakan Firefox berbahasa English, mungkin anda tidak akan menghadapi sebarang masalah ketika melayari internet menggunakan Firefox-MS (walaupun mungkin bler buat seketika).

Musang Berapi

Sekiranya anda ingin mencubanya, anda boleh memuat turun di laman Pakatan Firefox-MS atau menggunakan link dibawah yang mana di upload oleh saya.


Muat Turun (Beta Tester Only
Pek Bahasa Malaysia Untuk Firefox

Selepas selesai muat turun, buka Mozilla Firefox anda dan seterusnya klik pada File > Open File > Pilih fail yang telah dimuat turun tadi.

Walaubagaimanapun, aku rasa para pengguna akan lebih gembira sekiranya bahagian HELP pada Mozilla Firefox dapat diterjemah kepada bahasa Malaysia. Apa yang aku dapati, ialah cuma dua perkataan sahaja yang diterjemah pada bahagian HELP dan bakinya masih dalam bahasa English.

Musang Berapi

September 29, 2007

Malaysia’s Daily Voice - Laman Web Sosial Lagi?

Malaysia's Daily Voice

Baru sebentar tadi aku terperasan sebuah laman web untuk bookmark (atau auto-bookmark) yang mana ia mengambil ringkasan artikel di blog anda dan meletakkannya di laman mereka. Laman tersebut yang dikenali sebagai Malaysia’s Daily Voice yang mana dibangunkan oleh MindValley menggunakan CMS Social Rank. Walaubagaimanapun, sekiranya laman tersebut mendapat hits yang tinggi, blog-blog yang tersenarai disitu juga akan mendapat hits yang tinggi. Selain daripada itu, MindValley juga berhajat untuk menerbitkan lebih 30 buah laman web seumpama Malaysia’s Daily Voice menjelang 1 Oktober ini. Walaubagaimanapun, aku tidak menjumpai sebarang link untuk menghantar artikel kita ke laman tersebut. Mungkin sedikit mendukacitakan bagi blogger-blogger yang baru ingin membangun.

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog