Google Talk Versi Makmal Dikeluarkan
Huhu. Produk Google makin lama makin menarik. Huhu. Terbaru, mereka telah mengeluarkan Google Talk Labs Edition, dimana melaluinya, anda boleh chat seperti biasa, seperti mana anda menggunakan YM!. Tapi, yang menariknya, melaluinya juga anda boleh mendapat notifikasi GMail, Google Calender, dan Orkut. Suatu perkara yang menarik walaupun aku masih suka menggunakan YM! berbanding Google Talk kerana penggunanya masih sedikit. Huhu.
















