January 4, 2008

Panel Admin WordPress 2.4

Baru aku pikir-pikir nak upgrade buku Panduan WordPress yang pernah aku keluarkan dulu kepada versi WordPress 2.0, tetapi lepas membuat sedikit carian, aku terbaca yang WordPress 2.4 akan menggunakan panel admin yang baru yang mana aku berpendapat ianya kurang menarik berbanding panel admin yang lama. Anda boleh mencuba demo panel admin WordPress 2.4 atau melihat video screenshot nyer;

Aku rasa mereka patut kekalkan identiti warna biru diorang. Haha. Anyway, apa pendapat korang mengenai panel admin WordPress yang baru nie?

Update: Ada CMS baru yang cambest - GraffitiCMS. Mungkin boleh cuba kat local host korang.

December 13, 2007

MovableType Kini OpenSource

Aku pun tak berapa faham dengan kenyataan diorang nie. Tapi setakat yang aku faham, yang mulai hari nie, diorang dah membolehkan MovableType diubahsuai dan diedarkan secara percuma oleh orang ramai. Maka dengan ini, mereka berharap agar muncul satu platform untuk menulis blog yang mantap. Mungkin sebelum ini, walaupun mereka mengedarkannya secara percuma, mereka tidak membenarkan orang ramai mengedarkan versi yang telah diubahsuai oleh mereka.

P.S :Mungkin aku patut mencuba gunakan MovableType nie.Huhu

September 29, 2007

Malaysia’s Daily Voice - Laman Web Sosial Lagi?

Malaysia's Daily Voice

Baru sebentar tadi aku terperasan sebuah laman web untuk bookmark (atau auto-bookmark) yang mana ia mengambil ringkasan artikel di blog anda dan meletakkannya di laman mereka. Laman tersebut yang dikenali sebagai Malaysia’s Daily Voice yang mana dibangunkan oleh MindValley menggunakan CMS Social Rank. Walaubagaimanapun, sekiranya laman tersebut mendapat hits yang tinggi, blog-blog yang tersenarai disitu juga akan mendapat hits yang tinggi. Selain daripada itu, MindValley juga berhajat untuk menerbitkan lebih 30 buah laman web seumpama Malaysia’s Daily Voice menjelang 1 Oktober ini. Walaubagaimanapun, aku tidak menjumpai sebarang link untuk menghantar artikel kita ke laman tersebut. Mungkin sedikit mendukacitakan bagi blogger-blogger yang baru ingin membangun.

May 27, 2007

Plugin Statistik - Ketahui Traffik Blog Anda

Dalam membangunkan blog, antara perkara yang perlu diambil berat ialah statistik sesuatu blog. Ramai yang berlumba-lumba untuk mendapatkan pembaca yang ramai ke blog mereka. Dan terdapat beberapa cara untuk mengetahui statistik sesuatu blog itu.

Sekiranya anda menggunakan hosting yang mempunyai cPanel, maka anda boleh mengetahui statistik anda dengan AWstats yang memang dah sedia terpasang. Tetapi, sekiranya anda menggunakan Blogger, maka anda boleh menggunakan Google Analytics. Anda juga boleh menggunakan Google Analytics jikalau anda tidak menggunakan Blogger sekalipun, kerana anda akan diberikan kod javascript untuk di copy-dan-paste kat blog anda.

Tetapi, sekiranya anda menggunakan WordPress, terdapat beberapa plugin yang boleh membantu anda. Antaranya ialah:

WP-Slimstat
Plugin yang berasaskan SlimStat, dimana ianya merupakan antara perisian yang digunakan oleh orang ramai untuk mengetahui statistik web atau blog mereka. Tetapi, sekiranya anda ingin gunakan kod tersebut, anda perlu mempunyai database dan install. Tetapi dengan adanya WP-Slimstat, tugas anda menjadi lebih mudah. Anda hanya perlu upload plugin tersebut dan aktifkan melalui Dashboard. Seterusnya anda boleh melihat statistik pengunjung blog anda secara terus melalui Dashboard.

FireStat
Salah satu plugin statistik untuk WordPress. Fungsinya dan feature yang hampir sama dengan SlimStat. Tetapi seperkara yang aku tak suka dengan FireStat ialah saiz abjadnya yang amat besar dan tidak secomel SlimStat. Anda boleh melihat demo FireStat di laman rasmi mereka.

Automattic Stats
Plugin yang dibangunkan oleh pembangun CMS WordPress sendiri, iaitu Automattic. Berbeza dengan SlimStat dan FireStat, anda boleh melihat statistik anda dalam bentuk graf sekiranya menggunakan plugin ini. Tetapi, anda perlu mendapatkan API key sekiranya ingin menggunakan plugin ini.

June 30, 2006

sNews - CMS Paling Ringan?

Bagi sesiapa yang masih tercari-cari alternatif WordPress, maka korang boleh mencuba CMS terbaru ini. Aku pun baru jer terjumpa tadi, dan dah download dah. Keseluruhan saiz fail dia hanya 100kb berbanding dengan WordPress yang hampir mencecah 1mb.

Walaubagaimanapun, komunitinya masih kecil lagi, jadi aku masih teragak-agak nak tukar ke CMS tersebut. Lagipun aku macam dah jatuh cinta je dengan WordPress nie. Tapi kelebihan sNews ialah, nak buat theme/template dia amat senang. Lagipun ada beberapa laman yang menyediakan template open source yang mana anda boleh gunakannya untuk sNews ini. Kalau ada sesiapa yang menggunakan sNews ini, sila-silalah tinggalkan komen yerk.

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog