May 3, 2008

Kamera Digital Pertama?

Pernahkah anda terfikir bagaimana rupa kamera digital yang pertama sekali dicipta?

Kamera Digital Pertama

Via: Digg

May 1, 2008

Dr. Mahathir Mula Menulis Blog

Blog Mahathir

Selepas beberapa orang politik mula menulis blog, kini yang terbaru, Dr. Mahathir telah pun memulakan blog beliau sendiri dengan nick CheDet. Tetapi, suatu perkara yang perlu dibanggakan ialah, beliau tidak menggunakan nama domain untuk redirect kepada blog beliau seperti yang dilakukan oleh Dr. Khir, tetapi beliau menggunakan custom domain bersama blogspot. Tetapi, suatu perkara yang perlu diberi perhatian adalah agar blog atau suatu laman itu sentiasa dikemaskini, dan tidak menjadi sampah di internet. Ini adalah kerana sesetengah laman atau blog diwujudkan ketika pilihan raya dan tidak dikemaskini sehingga kini.

April 27, 2008

Raja Petra Secara Langsund di BLOG, RTM1

Sama seperti minggu lepas, tetapi minggu ini, tetamu jemputannya ialah Raja Petra yang mana mengendalikan laman Malaysia Today. Jangan lupa melihatnya secara langsung di RTM1 pada pukul 8.30 malam ini.

April 21, 2008

Blog di RTM 1

Huhu. Sejak keputusan Pilihan Raya Umum 12 yang diumumkan hari tue, blog dan internet mendapat perhatian orang ramai. Malah, rancangan khas juga telah dihasilkan sempena dengan Blog. Huhu. So, sesapa yang tertinggal, boleh lah layankan diri korang dengan rancangan Blog yang diterbitkan oleh RTM 1.

April 18, 2008

ShutDown Day Kembali

Ingat lagi pada ShutDown Day yang diadakan pada tahun lepas? Shutdown Day 08Pada tahun lepas, seramai 1.6 juta orang dari seluruh dunia menyertai ShutDown Day, dan tahun ini ianya kembali semula dengan wajah baru. Sama seperti tahun lepas, tahun ini juga mereka kembali dengan slogan “Adakah anda berani menutup komputer selama 24 jam”. Huhu. So, adakah anda menyertai ShutDown Day ‘08 yang bakal tiba pada 03 Mei 2008 nie?

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog