Dr. Mahathir Mula Menulis Blog
Selepas beberapa orang politik mula menulis blog, kini yang terbaru, Dr. Mahathir telah pun memulakan blog beliau sendiri dengan nick CheDet. Tetapi, suatu perkara yang perlu dibanggakan ialah, beliau tidak menggunakan nama domain untuk redirect kepada blog beliau seperti yang dilakukan oleh Dr. Khir, tetapi beliau menggunakan custom domain bersama blogspot. Tetapi, suatu perkara yang perlu diberi perhatian adalah agar blog atau suatu laman itu sentiasa dikemaskini, dan tidak menjadi sampah di internet. Ini adalah kerana sesetengah laman atau blog diwujudkan ketika pilihan raya dan tidak dikemaskini sehingga kini.













