May 23, 2008

Live Search CashBack Pesaing Google Checkout?

Live Search CashBack

Nampaknya, setelah gagal memperolehi Yahoo!, kini Microsoft sedang menarik minat orang ramai untuk menggunakan enjin cariannya. Terbaru, Microsoft mengumumkan program Live Search CashBack dimana para pengguna internet berpeluang untuk membeli produk atau barangan melalui internet dengan kadar yang lebih murah. Mungkin perkara ini tidak begitu menarik minat orang Malaysia, tetapi ianya mungkin merupakan berita yang amat gembira bagi rakyat US. Walaupun agak menarik, mungkin Live Search CashBack merupakan pesaing terdekat bagi Google CheckOut.

May 16, 2008

Gunakan Enjin Carian Dengan Yakin Melalui SearchScan

Yahoo! SeachScan

Sama seperti dunia nyata, dunia web juga amat berbahaya. Tambahan dengan beberapa kejadian yang menimpa baru-baru nie. Huhu. Walaubagaimanapun, artikel nie takde kena mengena dengannya. Cuma nak bagitau yang kini Yahoo! telah mengemaskini enjin carian mereka dengan menambah SearchScan. Dengan menggunakan SearchScan pada Yahoo! Search, kita akan diberikan amaran terhadap laman-laman web yang disyaki menyediakan spyware atau adware atau mana dianggap bahaya. Untuk tujuan ini, Yahoo! menggunakan khidmat McAfee. Satu inisiatif yang bijak daripada Yahoo! untuk menghalang pengguna tiba di laman yang salah. Huhu.

May 4, 2008

Microsoft Menarik Diri Daripada Membida Yahoo!

Kalo anda masih belum terbaca lagi, Microsoft telah menarik diri daripada membida Yahoo!. Mungkin ini akan membawa berita yang amat gembira kepada para pengguna internet dan juga kepada pihak Google. Huhu

P.S: Apa akan terjadi sekiranya Yahoo! menerima tawaran Microsoft?

May 3, 2008

Kamera Digital Pertama?

Pernahkah anda terfikir bagaimana rupa kamera digital yang pertama sekali dicipta?

Kamera Digital Pertama

Via: Digg

May 2, 2008

Pemain Video YouTube Yang Baru

Pelbagai inovasi telah dilakukan oleh pihak YouTube untuk memenuhi kehendak para pengguna laman tersebut. Terkini, mereka dalam proses mencuba pemain terbaru untuk video di YouTube. Sekiranya anda ingin mencuba pemain video terbaru ini, anda boleh menklik pada link “Try The New YouTube Player Beta” yang terdapat pada bahagian bawah setiap video.

YouTube Player beta

Satu perkara yang menarik mengenai pemain terbaru ini ialah, anda boleh menggunakan shortcut keyboard seperti menekan spacebar untuk berhentikan (pause) video yang sedang dimainkan.

Anda juga boleh cuba menggunakan FlowPlayer untuk menyusun dan memainkan video di blog atau laman web anda. FlowPlayer dikeluarkan dalam dua versi, iaitu berbayar dan satu lagi dalam versi GPL. Mungkin anda boleh mencubanya, dan berikan komen anda.

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog