Google Sites di Lancarkan Kepada Umum
Beberapa bulan yang lalu, Google telah melancarkan Google Sites, tetapi hanya pengguna Google Apps sahaja yang dapat mencubanya. Kini Google telah membukanya kepada orang ramai untuk mencubanya. Berbeza dengan Google Pages yang mana hanya memberikan anda membuat satu halaman sahaja, dengan Google Sites, anda boleh membuat satu laman khas seperti laman keluarga ataupun laman khas untuk bilik darjah anda. Anda boleh memasukkan aplikasi tambahan seperti Album Picasa, Google Calender dan banyak lagi. Bagi yang masih tidak mengetahui, Google menjadikan Google Sites dengan menggunakan khidmat JotSpot yang diperolehinya tak lama dahulu.














bob
yeah.. sempoi
KNizam
aku suka google sebab simple giler. cool! haha