May 2, 2008

Pemain Video YouTube Yang Baru

Pelbagai inovasi telah dilakukan oleh pihak YouTube untuk memenuhi kehendak para pengguna laman tersebut. Terkini, mereka dalam proses mencuba pemain terbaru untuk video di YouTube. Sekiranya anda ingin mencuba pemain video terbaru ini, anda boleh menklik pada link “Try The New YouTube Player Beta” yang terdapat pada bahagian bawah setiap video.

YouTube Player beta

Satu perkara yang menarik mengenai pemain terbaru ini ialah, anda boleh menggunakan shortcut keyboard seperti menekan spacebar untuk berhentikan (pause) video yang sedang dimainkan.

Anda juga boleh cuba menggunakan FlowPlayer untuk menyusun dan memainkan video di blog atau laman web anda. FlowPlayer dikeluarkan dalam dua versi, iaitu berbayar dan satu lagi dalam versi GPL. Mungkin anda boleh mencubanya, dan berikan komen anda.

2 Responses to “Pemain Video YouTube Yang Baru”

Post A Comment


Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog