Dr. Mahathir Mula Menulis Blog
Selepas beberapa orang politik mula menulis blog, kini yang terbaru, Dr. Mahathir telah pun memulakan blog beliau sendiri dengan nick CheDet. Tetapi, suatu perkara yang perlu dibanggakan ialah, beliau tidak menggunakan nama domain untuk redirect kepada blog beliau seperti yang dilakukan oleh Dr. Khir, tetapi beliau menggunakan custom domain bersama blogspot. Tetapi, suatu perkara yang perlu diberi perhatian adalah agar blog atau suatu laman itu sentiasa dikemaskini, dan tidak menjadi sampah di internet. Ini adalah kerana sesetengah laman atau blog diwujudkan ketika pilihan raya dan tidak dikemaskini sehingga kini.














menteil
huhu…
aku suka dengan domain dia..
tak meninjukkan pangkat..
tak macam khir toyo yang bangga dengan dr dia tu..
Mohd Ismail
[off-topic rasanya..]
untuk aku, gelaran Dr. bukan satu pangkat.. ia satu pencapaian peribadi yang bukan di’anugerahkan sesiapa.. kalo Datuk, Tun, Tan Sri bagai, aku sendiri kurang berkenan kalau terlalu kerap di’canang..
aku teringin nak ada Dr, tp jalan masih jauh.. hehe..
catzer
kekekek, mael ko nak pangkat apa cepat..aku tulis kat sini skang gak :p
syam
aku mmg ske bhn2 tulisan dr mahathir sbb beliau mempunyai pemikiran yg tersendiri.
p/s: aku bkn pro kpd sesiapa. aku befikiran bebas dlm politik.
megat
setelah satu penggal pak lah meneraju negara baru aku tahu kebenarannya. kalau dibandingkan dengan tun, yang jauh lebih baik dan tidak takut dengan sebarang ugutan malah punyai jati diri yang kuat bak panglima yang mempertahankan keadilan kepada negara jajahannya.
titan
fuh. aku tengok tadi. biarpun baru 2 post je. komen adh lebih 2k. traffic memang banyak gila. kalu khir toyo dengan chedet nih wat adsense. sehari dah leh cari 100usd..
hoho..
iCalvyn
he is using blospot, not as i imagne…
peniaga
bila nak tulis buku tentang pandangan kemajuan untuk 100 tahun lagi..kalau boleh banyakkan dalam bahasa melayu….