AdBizzy - Syarikat Pengiklanan Tempatan Ke-6
Selepas kemunculan pelbagai syarikat pengiklanan tempatan, AdBizzy merupakan laman terbaru yang turut menyertai gelombang pengiklanan internet tempatan. Laman ini baru sahaja dilancarkan, dimana nama domain mereka didaftarkan pada 25 Feb 2008 dan membolehkan pengguna membuat akaun sejak 15 Mac 2008. AdBizzy dibangunkan oleh Menarik Teknologi, salah satu syarikat yang berdaftar dengan SSM.
Walaubagaimanapun, reka bentuk laman berkenaan membuatkan saya kurang percaya dengan mereka walaupun mereka mempunyai syarikat berdaftar. Mungkin mereka perlu mengupah web designer untuk mereka bentuk laman utama mereka dan juga blog mereka. Anyway, saya masih belum melihat contoh blog yang menggunakan iklan dari AdBizzy, so mengikut andaian saya, mungkin iklannya menyerupai konsep iklan GoKita.














Wizurai
boleh ke bersaing dengan yg lain? GoKita pun makin suram je rasanya…
Mohd Ismail
first impression aku dah kata, ini teruk… ha ha ha.. GoKita pun dah xleh blah.. jangan nk tambah kusut lagi..
kita@sabri
ermmm..ko ni memang penkaji laman web iklan tempatan erk :)…aku pun dah kurang minat dengan iklan tempatan…lagi pun macam cendawan tumbuh lepas hujan pulak website ppc tempatan ni…aishhhh memang orang malaysia ni bermusim erk
Izzatz
sux sux sux!!! hahaha
tu je yg bley dikumen
Rjuna
Gambar page mula2 dah ada gambar mamat pegang dagu, dalam hati mesti cakap “leh caya ke nih?”
apa punya design daa, nih belum masuk bab bayaran bila kita claim nanti
adib.
macam2 laa malaysia nih…bkn xleh nk bt syarikat iklan..tp biar laaaa ada buah nya..nih..kami blogger asik tanam..yang dapat untung xdak pon..
Khai
orang buka, dia pun nak buka.. then bila kene down sket, mula la bising cakap kita tak sokong or kasi peluang.. tapi bila kita sendiri kena pijak dgn hutang x berbayar, diorang diam tidor dalam kelambu..
honestly, kelakar nak mampus design web diorang.. macam default theme jew.. blog plak macam blog orang2 tua..
sorry guys.. better pikir idea cari duit yg lain
Azhar Ahmad
Kita tunggu dan lihat….
titan
betul. diorang kene wat sesuatu pasal design.
MK
mamat pegang dagu tu founder ke?
hu3
Adbizzy - Syarikat Pengiklanan Lokal Yang Ke 6 -- EarnCent.com
[…] melawat di http://adbizzy.com Jika korang rajin. Boleh baca ulasan ringkas Amanz tentang Adbizzy - adbizzy-syarikat-pengiklanan-tempatan-ke-6 Ps: Ini adalah promosi percuma sebagai tanda aku suka barang dan produk buatan […]
titan
agaknya lah kot..
am
simple benor web dia… tak menarik lansung.. macam bosan jer… ko dah join ker aman..
reezluv
erm..nak join pun cam maleh je coz baru lagi..takut jadi macam advertlets la plak nanti..kecoh sana sini pasal payment…
tapi aku rasa better letak iklan produk sendiri atau affiliate banner..at least ade gak sen..:D