February 13, 2008

Mozilla 3 Beta 3 Dikeluarkan

Mozilla 3 Beta 3

Mozilla telah mengeluarkan versi beta yang ketiga bagi browsernya yang bakal dikeluakan tidak lama lagi - Mozilla Firefox 3. Walaubagaimanapun, versi ini bukanlah versi akhirnya dan mungkin terdapat bug atau perkara yang perlu diperbaiki lagi. Tetapi sekiranya anda ingin mendapatkan preview bagaimana Firefox 3 yang bakal dikeluarkan, mungkin anda boleh mencubanya. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai feature dan sebagainya dilaman rasmi mereka.

Gambar : FMG2001

Bagaimana Google Mendapat Logo Warnanya?

Google Predesign

Bagi yang meminati Google, mungkin anda teringin nak mengetahui bagaimana Google mendapat logonya. Wired.com ada menulis mengenainya dan anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai asal usul logo Google disana. Huhu. Dan mungkin juga ia akan memberi anda inspirasi dalam mereka bentuk logo anda pada masa depan.

February 11, 2008

Laman Web UNiSEL Dengan “Design” Baru?

Huhu.Laman web UNiSEL dah berubah rupa. Tadi terkejut gak tengok design baru diorang, cun semacam jer. Haha. Tapi lepas buat beberapa “kajian”, akhirnya kantoi gak yang diorang guna theme Joomla yang free. Tapi diorang dah melanggar akta hak cipta disebabkan diorang membuang link kat bahagian footer diorang. Huhu. Dah tue guna untuk “commercial” lak tue. Kalau setakat ubah banner ngan sikit image, pastue tambah lak ngan peel script, aku pun boleh jadi designer untuk laman web UNiSEL. Haha. Aku tak salahkan diorang sebab guna theme percuma, tapi aku rasa tak patut ada yang mengelarkan diri mereka sebagai WebDesigner.

Layout Lama
Design Lama UNiSEL

Layout Baru
Design Baru UNiSEL menggunakan theme JA Xenia.

Anyway, bagi korang yang teringin nak menggunakan theme yang digunakan theme sama cam UNiSEL nie, korang boleh muat turun secara percuma daripada laman web JoomlArt. Huhu. Lagi satu. Bolehkah diorang nie mengelarkan diri mereka sebagai Web Designer? Huhu, Kalo setakat WebMaster tue boleh ar gak. Huhu. Kalau camnie, mungkin ramai web designer yang muncul kat Malaysia.

Huhu. Bagi sesapa yang ada “design” sendiri theme WordPress korang, sila-silalah hantar kat Neutronics. Lalala

February 10, 2008

Aku.Cinta.Digsby

Akhirnya, aku dapat juga peluang untuk mencuba Digsby yang aku tulis mengenainya tempoh hari. Secara keseluruhannya, ianya memang amat menarik sekali. Aku memang sudah jatuh cinta dengannya. Haha. Anyway, maafkan aku disebabkan aku lupa memberi link tempoh hari. Kini aku sudah ada softwarenya, tetapi walaupun aku share dengan korang, korang masih tidak boleh gunakannya kerana ketika pemasangan (install) mereka meminta invitation code. Walaubagaimanapun, salah satu fungsi yang aku amat suka sekali dalam Digsby ialah, kita mampu online lebih daripada satu akaun dalam satu masa. Bukannya aku mengatakan mengenai Yahoo! Messenger dan GTalk, tetapi aku mengatakan mengenai Yahoo! Messenger dan Yahoo! Messenger. Haha. Lepas nie, sesiapa yang ada akaun lebih daripada satu tue, boleh ler online serentak menggunakan kedua-dua akaun anda.

Digsby

Akaun YM! aku yang aktif cuma lah satu, tetapi, untuk demo nie, aku gunakan akaun Yahoo! yang sudah lebih tiga tahun tidak digunakan. Huhu. Siapa cakap akan delete akaun jikalau tidak aktif selama tiga bulan? I love Digsby.

Yahoo! Menolak Tawaran Microsoft

MicroHooAkhirnya, Yahoo! menjawab bidaan Microsoft dengan menolak tawaran Microsoft yang bernilai USD$44.6 billion. Ahli lembaga Yahoo! mengatakan bahawa Yahoo.com lebih bernilai lagi, dan menolak tawaran Microsoft. Hmm..nasib baik gak Microsoft ngan Yahoo! tak bergabung, kalau tak, tak tahu la apa yang akan terjadi. Huhu.

Pernahkah korang terdengar mengenai Yahoo! Media Player? Inovasi terbaru daripada Yahoo! yang membolehkan anda memasukkan audio dan video dalam blog atau mana-mana. Baca mengenainya di laman Y! Music.

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog