February 27, 2008

Yahoo! Buzz di Lancarkan

Yahoo! Buzz

Ingat lagi entri pasal Yahoo! Buzz yang aku tulis tempoh hari? Kini, anda sudah boleh mula menghantar artikel anda ke dalam Yahoo! Buzz dan sekiranya artikel anda mendapat Buzz yang tinggi, ada kemungkinan, ianya akan di perlihatkan di muka hadapan Yahoo! dan anda berpeluang mendapat jutaan pengunjung dengan sekelip mata. Huhu. Walaubagaimanapun, aku masih samar-samar samaada sekiranya artikel kita dalam bahasa Melayu, adakah jika Buzz nya amat tinggi, ianya akan ditunjukkan di Yahoo! Malaysia ataupun kita perlu bersaing dengan entri berbahasa Inggeris.

February 26, 2008

28 Feb Tarikh Akhir Stage6

Huhu. Baru lepas tulis pasal Netscape yang akan menamatkan perkhidmatan diorang Mac 1 nie. Yang lebih terbaru ialah, Stage6 akan menamatkan pekhidmatan mereka pada 28 Februari nie. Mereka telah pun menutup kebolehan untuk muat naik video ke laman Stage6, dan pengguna boleh melayari video dan muat turun video dari laman Stage6 sehingga hari Khamis nie. Huhu. Adakah tahun 2008 adalah penamat untuk kebanyakkan syarikat internet?

Mac 1 Penamat Netscape?

Netscape Berakhir?

Ingatkah lagi korang ketika mula-mula kenal dengan internet? Pada mula-mula, browser yang digunakan untuk melayari laman web ialah Netscape, yang mana kini makin pupus di kalangan pengguna internet. Secara jujurnya, aku tak tahu bagaimana fungsi Netscape, dan malas nak download untuk mencubanya. Hehe. Aku lagi selesa dengan IE dan Mozilla Firefox.

Huhu. Bagaimanapun, bagi yang masih menggunakan Netscape, Mac 1 merupakan tarikh akhir bagi penggunanya, dimana versi seterusnya, Netscape 9 akan dikeluarkan dengan pilihan untuk beralih kepada Flock ataupun Firefox. Flock dan Firefox, kedua-duanya berasaskan kod sumber Mozilla Firefox. Huhu. Pihak Netscape pun rasakan yang Mozilla adalah pilihan terbaik untuk melayari web. Huhu.

Serlahkan Identiti Dengan Yahoo! Avatar

YahoO! AvatarPernahkah korang terdengar mengenai Yahoo! Avatar? Kalo tak, apa kata kalo korang singgah sebentar kat sana. Dengan Yahoo! Avatar, anda boleh membuat karakter kegemaran anda dan seterusnya mengembangkan profil avatar anda dengan menambah haiwan peliharaan, aksesori dan sebagainya. Selain itu, anda juga boleh buat make up dan sebagainya di bandar Avatar. Huhu. Lebih kurang cam konsep permainan Sim City ler, tapi nie korang kena wat secara online. Walaupun konsep mereka agak menarik untuk membuat orang lebih lama stay kat web Yahoo!, aku kurang tertarik dengan Yahoo! Avatar. Hehe. Web sosial seperti Friendster, Facebook dan Pownce lebih senang untuk membuat kawan berbanding Yahoo! Avatar. Huhu.

February 25, 2008

YouTube Mengalami DownTime?

YouTube mengalami sedikit gangguan pada malam semalam daripada pukul 11:30AM hingga 12:15PM (Google/Pacific Time). Hal ini dikatakan berlaku disebabkan oleh pihak Pakistan Telecom yang cuba memblok akses kepada YouTube kerana dikatakan terdapat kandungan yang bertentangan dengan Islam.

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog