January 19, 2008

GoKita adalah Nufflets

Bagi yang mengikuti perkembangan Nufflets, tentunya korang mengetahui mengenai perkara nie, yang Nufflets akan diperbaharui dan dikeluarkan semula dengan jenama baru iaitu GoKita.com. Mereka juga telah mengumumkan yang mereka bakal rebrand kepada GoKira didalam blog mereka pada 14 Januari lalu. Mungkin disebabkan masalah DNS, mereka masih belum berpindah. Huhu. Mungkin ini akan memberikan pandangan baru kepada para pengguna yang fikirkan Nufflet itu hanya scam kerana menggunakan nama Nuffnang dengan Advertlets. Huhu.

GoKira Google Search

P.S: Sekiranya korang perasan, laman GoKita pada sebelum nie ialah sebuah laman iklaneka yang mana pernah ditulis oleh Fayz.

January 18, 2008

Video : Spider-Plant Man

Takde menda nak update ari nie. Kena balik Universiti balik. Nanti kalo petang ada masa, aku update. Sementara tue, layankan video Spider Plant Man. Huhu.

Spider Plant Man

Download
Saiz : 46.3mb

January 16, 2008

Hari Yang DiNanti-Nanti

Akhirnya, hari nie dah dapat emel jemputan ke Youth ‘08 walaupun diorang excited sampai mendedahkan kesemua emel peserta. Haha. Anyway, kalo korang datang, boleh jumpa korang kat sana.

Berikut merupakan jadual untuk penyampaian Pencarian Pemuda DotCom Malaysia pada hari Jumat nie yang mana bertempat di PWTC, Hall 4:

10.30am - Registration (Outside Hall 4)
11.00am - Arrival of Guest of Honour YB Dato’ Kong Cho Ha
11.05am - Opening Remarks by Master of Ceremony
11.10am - Welcoming address by Mr. Joel Neoh Eu-Jin (Organizing Chairman of YOUTH’08 cum Project Director of YouthMalaysia.com)
11.15am - Keynote by YB Dato’ Kong Cho Ha (Deputy Minister of Science, Technology & Innovation cum MCA New Technology & Innovation Bureau Chairman)
11.35am - Presentation of The Malaysian Dotcom Youth Search Award 2008
11.40am - Souvenir Presentation
11.45am - Lunch

So, kalau korang hadir, sila-silalah tinggalkan komen, dan mungkin kita boleh berjump disana..Huhu

January 13, 2008

Advertlets Kembali Beraksi + Nufflets Guna Script InClicks?

Nampaknya, kini Advertlets terpaksa berusaha lebih sedikit berbanding syarikat pengiklanan lain sejak masalah yang ditimpa oleh mereka beberapa hari dulu. Mungkin setiap perkara ada hikmahnya. Haha. Anyway, hari nie, mereka telah memperkenalkan format iklan yang baru yang mana bersaiz 728×90, selain menyatakan yang mereka bakal mengeluarkan Advertlets 2.0.

Advertlets LeaderBoard

Adakah ianya sehebat Nuffnang 2.0? Mungkin anda yang berminat boleh apply sebagai beta tester untuk Advertlets 2.0. Aku dah memang jadi beta tester diorang semenjak dulu lagi. Bagaimana pula perkembangan dua lagi syarikat pengiklanan tempatan yang lain. Aku masih belum melihat orang ramai menulis mengenai GrabMyAds. Mungkin marketing mereka tidak sekuat syarikat yang lain. Selain daripada itu, Nufflets pun kantoi dengan AriffSamani apabila diketahui bahawa mereka bukannya menggunakan script yang ditulis sendiri sebaliknya menggunakan script daripada InClicks.

Nufflets
Reka Bentuk Nufflets [Via]

InClicks
Reka Bentuk InClicks [Via]

January 12, 2008

Update YouthMalaysia.com - Pencarian Pemuda DotCom Malaysia

Nampaknya, dalam masa seminggu lagi kita akan mengetahui pemenang YouthMalaysia - Pencarian Pemuda DotCom Malaysia. Haha. Aku sedar yang aku mempunyai peluang yang amat tipis sekali melihatkan laman-laman web yang bertanding. Haha. Mungkin mereka perlu buat pertandingan untuk yang berumur 22tahun kebawah. Haha.

Berbalik kepada tajuk asal, untuk Pencarian Pemuda DotCom Tahun 2008 nie, seramai 457 penyertaan telah diterima, dan 5 blog / laman web yang menerima undian tertinggi sehingga 7 Januari yang lalu ialah:

1. PaulTan (4051)
2. Forum Anggugu (3343)
3. eMenang (2640)
4. WangCyber (2527)
5. RaveJoint (2388)

Blog LiewCF pula menduduki tangga ke-6 dengan perbezaan undi sebanyak 9 undi. Wow. Sengit tue.. Sebenarnya, aku berharap benar agar pihak YouthMalaysia menyenaraikan kedudukan kesemua blog atau laman web yang bertanding agar setiap blogger mengetahui kedudukan mereka di hati pembaca. Haha. Nak gak tahu ranking blog aku, walaupun last atau second last. Haha.

Selain tue, minggu nie gak, YouthMalaysia ada masuk dalam NST. Hmm..rupa-rupanya, penganjur dia tue merupakan salah seorang peserta dalam TheFirm yang dulunya ditayangkan dalam ntv7. Haha. Nanti boleh ar tangkap gambar sekali ngan Joel nie. Haha.

Anyway, kemungkinan besar, aku akan hadiri masjlis nie minggu depan. Harap-harap pihak YouthMalaysia turut menyediakan hadiah kepada para peserta yang kurang berjaya (ala..yang tak menang ler..), jadi tak ler sia-sia kedatangan kitorang ke masjlis tue nanti. T-Shirt sehelai pun jadilah..Haha.

So, korang semua gi tak minggu depan?

P.S: Event kul 11 pagi. Solat Jumaat kul 1.20ptg. Kelas kul 3ptg. Haha.

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog