Nuffnang Bukan Syarikat Pengiklanan Malaysia Yang Pertama
Mungkin ramai menganggap bahawa Nuffnang ialah syarikat pengiklanan internet Malaysia yang pertama, tetapi ianya adalah salah. Terdapat lagi satu laman yang telah beroperasi sejak tahun 1999 sebagai syarikat pengiklanan dalam talian, tetapi ianya tidak menyediakan kemudahan untuk para penulis blog mahupun pemilik laman web menjadi publisher (atau mungkin aku tak jumpa kat laman mereka). Mungkin kita perlu menhubungi mereka secara peribadi untuk menjadi agen pengiklan mereka.
Bagaimana saya boleh terjumpa dengan laman nie? Ketika melayari laman Gua.com.my, saya terjumpa iklan DiGi, dan Celcom di rotate di laman mereka. (Blog aku pun ada iklan Celcom…huhu), anyway, lepas aku tengok siapa yang manage iklan diorang, ianya adalah Innity (namanya lebih kurang dengan Nuffnang Innit). Huhu. Jika dilihat melalui data WHOIS, mereka telah mendaftar domain Innity.com pada tahun 2000 dan tarikh luput domain tersebut adalah pada 2012. Malah mereka juga menggunakan dedicated server untuk laman mereka. Wow. So, dengan nie, Nuffnang ialah laman pengiklanan kedua Malaysia, Advertlets ke-tiga, GrabMyAds ke-empat, dan GoKita yang ke-lima.














Fahmishah
macam mana nak register ?
Azhar Ahmad
Hummmm…. Amanz… Tetapi persoalannya, mungkin ia register pada waktu tersebut… Secara sahnya bila ya….
azraai
company ni lama dah wujud cuma online advertising dia org mcm exclusive. org tertentu jer bleh jadi publisher. jadi org mmg tak tau.
syia
tak kisah la yang mana dulu kan yang pasti yang mana senang gune dan tip top service
Wizurai
domain je daftar awal…
katakan camni, aku beli satu domain tahun 2000, buat web pasal masalah jenayah kat M’sia… dah busan buat web tu, aku tetiba nak tukar buat web pengiklanan pada tahun 2006… so, takkan nak kira tahun 2000 dah start buat web pengiklanan… whois cuma bagitau bila domain tu didaftarkan…
arynet
Innity ni rasanya kita membayar, bukan kita dibayar. hehe.
melayubuntu
rekabentuk laman mmg style koporat..
bkn untuk ikan-ikan kecil macm kite nih…
silentleo
EHm..aku penah dengar dulu. Tapi takde la untuk publisher cam kita nih..
lutfee
dalam byk2 iklan tu, yang mana mendatangkan side income lumayan untuk kita?
kalau ada yg best nak juga pasang…
shadowX_19
byk gak ye pengiklanan tempatan ni.. aku harap ia boleh bersaing ngan pengiklanan dari luar negara tu… malaysia boleh
faizal
salam en. aman.. tiba-tiba saya mahu menyalahkan diri kerana baru sekarang saya ketemu laman web encik.. banyak ilmu di sini.. sebagai seorang yang baru cuba menjinakkan diri dalam perniagaan MLM, saya ingin tahu bagaimana yang boleh kerap menghubungi encik dan bagaimana caranya saya boleh memperoleh ilmu perniagaan MLM daripada pengalaman encik sendiri.. terima kasih.
Khai
kalau betul la.. betapa muka x malunya orang kedua yang mengaku pertama.. siap buat slogan gitu.. hahahaha
Fahmishah
aku rasa NN memang yg pertama sebab innity punya sasaran bkan pada blogger khasnya sedangkan NN, adverlets, grabmyads, gokita mmg meng’khas’kan pengiklanan komuniti.
lain kali baca tagline ya!
aman
ops..ha’a..tagline dia tuk bloggers..
Syamsulariff.com » What is the 6th Malaysia Online Advertising Network?
[…] did you know that Nuffnang is not the 1st online advertising network in Malaysia? According to amanz, the first company was Innity but due to the strictness in selecting publisher and advertiser or […]