January 5, 2008

gOS Rocket Bakal Keluar Pada 7 Jan

Ingat lagi pasal gOS (Google Operating System) yang pernah aku tulis sebelum nie? Pada 7 Januari nie, diorang bakal mengeluarkan versi terkini sistem operasi mereka iaitu gOS Rocket ataupun gOS 2.0. Pada keluaran kali nie, mereka akan kekal menggunakan Ubuntu untuk sistem mereka, disamping menambah Google Gears yang mana membolehkan kita menggunakan aplikasi online secara offline. Dan untuk keluaran kali kedua nie, mereka bakal mengeluarkan aplikasi mereka tersendiri yang di panggil gBooth yang mana ia merupakan browser dengan webcam yang membolehkan anda edit video yang dirakam sekaligus kongsi video tersebut melalui FaceBook, YouTube dan servis web yang lain. Selain itu, pada kali nie, mereka juga telah mengintegerasi Box.NET kedalam perisian mereka nie, yang mana membolehkan anda berkongsi fail sehingga 1 Gb secara percuma.

Tidak seperti dulu yang memerlukan kita torrent, kali nie diorang dah sediakan server download mengikut benua. Walaubagaimanapun, kebanyakkan aplikasi yang disediakan memerlukan internet, dan amat dukacita bagi sesiapa yang tidak mempunyai rangkaian internet. Nampaknya, tahun 2008 merupakan tahun yang amat baik untuk Linux. Haha. Mungkin ramai akan berubah kepada sumber terbuka tidak lama lagi.

Apa-apa pun, sebelum korang download gOS nie, apa kata tengok demo dia dulu:

3 Responses to “gOS Rocket Bakal Keluar Pada 7 Jan”

Post A Comment


Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog