Nuffnang Bukan Syarikat Pengiklanan Malaysia Yang Pertama
Mungkin ramai menganggap bahawa Nuffnang ialah syarikat pengiklanan internet Malaysia yang pertama, tetapi ianya adalah salah. Terdapat lagi satu laman yang telah beroperasi sejak tahun 1999 sebagai syarikat pengiklanan dalam talian, tetapi ianya tidak menyediakan kemudahan untuk para penulis blog mahupun pemilik laman web menjadi publisher (atau mungkin aku tak jumpa kat laman mereka). Mungkin kita perlu menhubungi mereka secara peribadi untuk menjadi agen pengiklan mereka.
Bagaimana saya boleh terjumpa dengan laman nie? Ketika melayari laman Gua.com.my, saya terjumpa iklan DiGi, dan Celcom di rotate di laman mereka. (Blog aku pun ada iklan Celcom…huhu), anyway, lepas aku tengok siapa yang manage iklan diorang, ianya adalah Innity (namanya lebih kurang dengan Nuffnang Innit). Huhu. Jika dilihat melalui data WHOIS, mereka telah mendaftar domain Innity.com pada tahun 2000 dan tarikh luput domain tersebut adalah pada 2012. Malah mereka juga menggunakan dedicated server untuk laman mereka. Wow. So, dengan nie, Nuffnang ialah laman pengiklanan kedua Malaysia, Advertlets ke-tiga, GrabMyAds ke-empat, dan GoKita yang ke-lima.















