December 23, 2007

18 Blog Malaysia Dengan Reka Bentuk Eksklusif

Hmm..tengah boring-boring nie, aku kumpulkan beberapa laman blog Malaysia yang mempunyai design mereka tersendiri. Selalunya aku jumpa artikel-artikel sebegini di laman SmashingMagazine sahaja, dan belum pernah lihat laman orang Malaysia yang difeaturekan di laman lain kerana design mereka. Yang selalu nampak pun, Ikram-Zidane, tapi sayangnya masa usha tadi, domain dia dah expired. Hmm..walau apa pun, layankan diri korang dengan reka bentuk orang kita..huhu..mana tahu lepas nie dapat inspirasi nak mereka bentuk design baru..

AriffSamani - Internet.Tanpa.Batasan. Suka guna nick EmptySpace. Seorang programmer. Jangan “kacau” dia, nanti dia serang ngan virus. Haha.

Internet.Tanpa.Batasan

Cypherhackz - Malaysia Tech Blog. Di kemaskini oleh Fauzi. Juga pemilik laman BlogAku. Ketika aku menulis artikel nie, ntah apesal, theme BlogAku bertukar kepada theme Kubrick.

Cypherhackz

DearLova -You Are My Baby Love. Suka design, walaupun nampak crowded sikit laman blog dia, tapi tetap cun. Huhu

DearLova

Elaneman - Aku kurang pasti CMS apa yang digunakan olehnya, tapi aku sangat menyukai bahagian video di laman blognya. Huhu

Elaneman

Flisterz - New Side of Alternative. Memang cun abis blog dia dengan susunan iklan yang teratur.

Flisterz

GobalaKrishan - Internet Home Business. Blog seorang usahawan internet yang terkemuka di Malaysia. Theme nie khas sempena ngan Krismas. Huhu. Amat mendukacitakan kerana navigation bar terhalang oleh sidebar.

GobalaKrishnan

Happy People Media - New Media is Future of Art. Tahu Blogtitude ngan InfoMalaya?. Diorang nie, orang dibelakang projek berkenaan.

HappyPeopleMedia

HaruBiru - Blog Shadow-X. Mamat nie memang suka berpindah randah. Tapi yang menyakitkan hati, setiap kali dia berevolusi, theme yang menyakitkan hati akan muncul. Haha

HaruBiru

HongKiat - Sebelum nie dia guna versi yang lebar, sekarang nie dah versi kurus. Amik pil kot. Haha. Hmm..Kalo korang lihat bertul-betul, perasan tak yang logo dia tue khas untuk Krismas?

HongKiat

InfoMalaya - Bukan Sekadar Blog!. Blog yang menarik dan penuh dengan info-info terkini. Kalo korang minat ngan theme nie, sabar jerk, nanti biler InfoMalaya nak upgrade, diorang akan release theme lama diorang.

InfoMalaya

Internet Millionaires - Make Money Online. Lagi satu projek Gobala Krishnan. Domain .com.my tue. Design yang simple, tapi amat menarik dan menyejukkan mata.

Jutawan Internet

Khai - What I’ve Done.Laman blog pemilik Scukz. Siap bagi tutorial nak wat blog kat Windows XP lagi tue. Huhu. Design yang simple dan menarik.

Khai Scukz

LiewCF - Otai blogger kat Malaysia. Tersenarai untuk Malaysia Youth Search. Mungkin menang. Huhu. Theme Kubrick di ubah suai menjadi Kubrick Three Coloumn.

LiewCF

Neutronics - Memang pakar mereka bentuk theme untuk WordPress. Design terkini beliau menghadapi masalah ketika di lihat menggunakan IE, tapi amat cun bile dilihat menggunakan Mozilla.

Neutronics

Blog WebMaster Malaysia - Layout yang dibuat khas. Iklan disusun dengan cantik sekali.

Szab

TheCicak - Theme yang di reka bentuk khas oleh Ikram-Zidane untuk The Cicak. Aku suka lihat gambar cicak disetiap penghujung artikel. Haha.

TheCicak

Wizurai - Majulah Blogger Untuk Malaysia. Theme yang bersih, kesukaan saya.

Wizurai

XeroXaven - Xero Virtual Planet. Design satu koloum yang memang lawa dan cun. Kalo dia release, memang aku akan guna untuk blog aku.

XeroXaven

Itu sahaja buat sekarang nie. Penat tul menulis. Haha. Anyway, apa pendapat korang dengan rekabentuk orang Malaysia nie? Dan jika korang tahu laman-laman blog lain yang menggunakan custom design, tinggalkan komen yerk.

December 22, 2007

Nuffnang Dan Iklan Video

Nuffnang Video Ads

Wow. Nuffnang nampaknya kini sudah lebih berdaya saing dengan menyediakan iklan berbentuk video. Video Player nya juga amat simple, malah kelajuan video tersebut buffer juga amat laju. Aku terserempak dengan iklan berbentuk video ini di laman X-Division Center, di bawah bahagian header. Ianya merupakan iklan berbentuk video daripada Nuffnang yang pertama aku jumpa. Walaupun gambar video tersebut tidak begitu baik, aku ucapkan tahniah kepada team NuffNang kerana berjaya melangkah setapak lagi ke depan.

December 21, 2007

Terjemaah Menggunakan Google Translate Bot

Google telah memperkenalkan Google Translation Bot yang mana boleh membantu anda menterjemaah ketika anda menggunakan Google Talk, malah Bot ini boleh menterjemaah lebih banyak bahasa berbanding Google Translate sendiri. Buat masa nie, mereka telah menyediakan sebanyak 24 bot, dan anda dikehendaki add bot tersebut terlebih dahulu sebelum boleh menterjemaah sebarang ayat atau perkataan.

Kesemua ID Bot ditulis dengan menggunakan singkatan. Sebagai contoh, sekiranya anda add ID bot ar2en@bot.talk.google.com maka ia akan menterjemaah daripada Arab kepada English. Untuk bot lain, sila rujuk bawah:

Google Talk Bot

ar2en, en2ar (Arabic<->English)
bg2en (Bulgarian->English)
de2en, en2de (German<->English)
de2fr, fr2de (German<->French)
el2en, en2el (Greek<->English)
es2en, en2es (Spanish<->English)
fi2en (Finnish->English)
fr2en, en2fr (French<->English)
hi2en (Hindi->English)
hr2en (Croatian->English)
it2en, en2it (Italian<->English)
ja2en, en2ja (Japanese<->English)
ko2en, en2ko (Korean<->English)
nl2en, en2nl (Dutch<->English)
ru2en, en2ru (Russian<->English)
uk2en (Ukrainian->English)
ur2en (Urdu->English)
zh2en, en2zh (Chinese<->English)

Pastikan anda menulis @bot.talk.google.com pada akhir setiap ID tersebut dan add sebagai rakan pada Google Talk anda. Dan sekiranya anda merupakan pengguna aktif Google Talk, tinggalkan ID anda dan saya akan add anda sebagai rakan. Huhu.

UNiSEL Menggunakan Google Apps

UNiSEL Apps

Masa daftar semester baru nie, dapat lak kertas yang mengatakan bahawa kini pelajar dah boleh menggunakan emel dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh UNiSEL. Tapi, biler tengok betul-betul, UNiSEL menggunakan Google Apps untuk perkhidmatan tersebut, sama seperti yang aku gunakan untuk domain aku. Bagi yang masih tidak mengetahui apakah itu Google Apps, ianya merupakan suatu perkhidmatan seperti emel, kalender dan sebagainya yang disediakan oleh Google untuk orang ramai dan terdapat tiga plan yang ditawarkan iaitu Standard Edition (yang digunakan oleh aku), Premier Edition (berbayar), dan Education Edition (yang digunakan oleh UNiSEL).

Google Apps

Hmm..adakah universiti korang pun menggunakan perkhidmatan daripada Google atau menyediakannya sendiri?

December 20, 2007

Review : Web Hosting Choice

The following is a paid review:

Sering menhadapi masalah ketika membuat pencarian web hosting? Kini korang takyah risau lagi, sebab ada satu laman web yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah tersebut. Web Hosting Choice ialah suatu laman web yang mana ianya menyediakan perkhidmatan direktori web hosting yang mana membolehkan anda membuat pencarian laman web hosting terbaik dan termurah untuk web atau blog anda. Selain itu, melalui enjin carian mereka juga, anda boleh mencari sebarang hosting yang menepati pilihan anda.

Web Hosting Choice

Mengikut info yang terdapat pada WHOIS domain mereka, saya mendapati yang domain ini telah didaftarkan pada 12-Jul-2003 dan akan tamat pada 12-Jul-2010 sekiranya tidak di kemaskini. Ini menunjukkan yang mereka telah lama dalam industri ini. Tetapi jangan salah anggap, mereka tidak menjual sebarang hosting, sebaliknya berfungsi sebagai sebuah direktori yang mengumpulkan kesemua hosting berbayar.

Walaubagaimanapun, terdapat sedikit masalah ketika saya membuat penulisan ini, dimana muka untuk menghantar laman hosting mempunyai masalah sedikit. Mungkin mereka dalam proses hendak menaik taraf form mereka atau sebagainya yang perlu segera diberi perhatian.

Selain daripada itu, setiap halaman laman web mereka juga menyatakan yang mereka lebih suka hosting HostGator, dan laman mereka sendiri menggunakan hosting daripada HostGator.

Dan setelah melakukan sedikit carian, saya mendapati tiada lagi laman web hosting daripada Malaysia yang tersenarai disana. Mungkin pemilik laman web hosting boleh mula menghantar laman mereka ke Web Hosting Choice secara percuma setelah masalah penghantaran tersebut selesai. Sekiranya anda tercari-cari web hosting yang murah, saya lebih mengesyorkan hosting Unix.

Akhir sekali, sekiranya anda merupakan pengguna baru dan maish bler-bler mengenai apa itu web hosting dan sebagainya, sila kunjungi halaman FAQ mereka dimana setiap persoalan yang ditanya oleh newbie terjawab disana.

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog