Sepanjang Tahun 2007
Sepanjang tahun 2007 nie dah pelbagai perkara dan teknologi muncul, dan berikut merupakan sedikit yang mampu aku “cover” untuk tahun nie. Jika ada yang tertinggal, sila-silalah tinggalkan komen yerk..Huhu
1. iPhone
Apple mengeluarkan telefon bimbit pertama mereka yang dipanggil iPhone yang mana menggunakan touch screen dan mempunyai fungsi-fungsi yang agak menarik. Huhu. Masih belum lagi melihatnya di Malaysia.
2. Microsoft Windows Vista
Microsoft sekali lagi mengeluarkan sistem operasi yang baru untuk tahun 200 yang mana dipanggil Vista. Walaubagaimanapun, amat mendukacitakan apabila dua syarikat terkemuka internet - CNet dan Yahoo! menyenaraikan Vista sebagai produk paling hampeh untuk tahun 2007. Haha. Mungkin kita semua perlu beralih kepada Ubuntu.
3. MiMoS Mengeluarkan MakCik PC
Pak Lah telah melancarkan tablet PC Malaysia yang pertama dengan nama MakCik PC yang mana menunjukkan ianya amat mesra pengguna sehingga boleh digunakkan oleh mak cik semua. Huhu. Reka bentuknya juga amat menarik. Tak sabar menunggu ianya dijual di pasaran.
4. Munculnya Syarikat Pengiklanan Internet Tempatan
Sehingga bulan Disember nie, telah muncul 4 syarikat pengiklanan tempatan, iaitu NuffNang (27 Feb), Advertlets (9 Mac), GrabMyAds (21 Nov), Nufflets (25 Dec). Walaubagaimanapun, tak sampai setahun berada di alam maya nie, pelbagai masalah telah dihadapi oleh kedua-dua syarikat pengiklanan - Nuffnang dan Advertlets. Moga-moga ke-empat-empat syarikat pengiklanan nie berkekalan sehingga aku habis berblog. Haha.
5. Animasi Tempatan Berevolusi
Tahun 2007 mencatatkan sejarah apabila syarikat animasi tempatan mendapat perhatian ramai. Antara animasi tempatan yang mendapat perhatian luar negara termasuklah Upin dan Ipin, Saladin dan Bola Kampung. Moga-moga tahun akan datang pun lebih banyak animasi tempatan dapat bersaing dengan syarikat antarabngsa seperti Pixar. Huhu.
6. Ankasawan Pertama Malaysia
Dr. Sheikh Muszaphar menjadi angkasawan Malaysia yang pertama. Bagi yang terlepas melihat pelancaran angkasawan Malaysia yang pertama nie, korang boleh download videonya dan simpan sebagai kenangan. Haha.
7. Laman Hiburan Tempatan Muncul
Pelbagai laman hiburan telah ada sebelum nie, namun kemunculan beberapa laman baru seperti Gua.com.my dan ManggaTV mengubah segalanya. Selain daripada itu, MediaPrima juga membolehkan penonton yang terlepas rancangan kegemaran mereka menontonnya semula di laman web mereka.
Nie jer yang sempat aku nukilkan sebelum balik ke UNiSEL. Jika ada apa-apa lagi yang perlu ditambah, sila-silalah tinggalkan komen yerk. Jangan malu jangan segan. Akhir kata, sekiranya terdapat salah silap, terkutuk dengan sengaja, dan sebagainya, ampun maaf dipinta dari hujung rambut ke hujung kasut baru aku nie…lala..
P.S : HongKiat telah mengumpulkan list Best/Worst of 2007. Baca jangan tak baca. Haha.














Fahmishah
horay! siapakah yang akan mendapat check pertama dari nufflets pada tahun hadapan!?
kita
amanz u lupa masukkan kisah sedih seperti kes pembunuhan dot…dot..dot
Wizurai
laman hiburan tempatan - murai.com.my takde dalam senarai ke?
Perjalanan Hidup Kita » Berakhirnya 2007 Bermulanya 2008
[...] sepanjang tahun di blog yang saya suka baca : Hongkiat Norizamshah Amanz Infomalaya Blogohblog dan banyak lagi.Kalau anda tahu “Kita” ni selalu masuk blog [...]
Azhar Ahmad
Ahahahhah… bagosh2 entri nih
shadowX_19
byk tul yg berlaku tahun ni. cam perhimpunan haram, banjir besar di byk negeri, kes bunuh dan rogol nurin dan byk lagi a…. harap2 tahun dpn takde la perkara camni…
naem | DiariAdsense
trimas aman, tak tahu plak tentang Makcik PC..hoho..macam main2 je perlaksanaan tu.
zool
Ye macam2 cerita menarik dan sedih dalam tahun 2007..
Kita tunggu tahun 2008 semoga tahun ini akan memberi lebih cahaya..
afham
selamat tahun baru!!!
Safuan a.k.a Sipenglipurlara
Pelbagai perkara turut berlaku pada teknologi..
P/s: Pssssst bro blog saya dah kembali, jom komen
laling
Hi Amanz..
Menarik Post anda ni dalam liputan Hari ini dalam Sejarah 2007 teknologi bersama anda.
Walaupun begitu kerakusan anda mengepost dengan terburu-buru membawa satu ketidak selesaan melampau apabila anda membawa saya 1807 Tahun kebelakang…
Quote-”2. Microsoft Windows Vista
Microsoft sekali lagi mengeluarkan sistem operasi yang baru untuk tahun 200 yang mana..”
mazudi
Yang paling aku kagum di 2007 ialah TRANSFORMER.
Selamat tahun baru 2008
adq890
salam.hapy new year…
titan
Ntah. Tahun 2007 antara tahun aku kembali setelah down pada tahun 2006. So, tahun 2008 merupakan tahun untuk aku maintain dan buat sesuatu yang berguna.
azwanhadzree
Happy New Year Aman
khai
sampai hati ko cakap x pernah nampak lagi Iphone kat Malaysia.. aku punye la jeles member aku dah dekat 3 bulan pakai… tapi yg sadisnya, dia x support sim card Maxis.. so member aku tu kene la pakai Digi… kekeke…
dia beli kat lowyat..
anyway, gua.com.my tu ntuk media prima.. murai.com.my untuk astro….
tapi yg paling penting tahun ni, amanz masuk Unisel.. bajet nak jumpe elyana cite dunia baru shooting.. skali diorang shooting kat KLIUC.. kekeke.. gurau je..