Nufflets - Media Pengiklanan Tempatan Ke-Empat
Sebenarnya, syarikat Nufflets nie dah dirasmikan pada 25 Disember sempena dengan Hari Krismas, tetapi disebabkan aku terpaksa balik ke UNiSEL, tak dapat nak update pasal Nufflets. Mungkin korang terperasan yang nama mereka ada persamaan dengan dua lagi laman pengiklanan dalam talian tempatan, iaitu Nuffnang dan Advertlets. Haha. Mungkin nie merupakan salah satu strategi untuk menarik perhatian orang ramai.
Hari nie, aku dah daftar dengan Nufflets dan anda boleh melihat contoh iklan di sidebar blog nie. Lepas pasang kod dia, aku terlihat iklan nie:
Click here to join Asia’s Ad Network. Receive USD15 upon signing up.
Kalo dikira, USD15 x 3 = RM45. Haha. Aku tak tahu samaada menda nie untuk advertiser atau publisher. Selepas log in kali kedua, aku perasan yang akaun aku masih menunjukkan nilai 0.00. Haha.
Lagi satu masalah ialah, aku tak dapat nak baca TOS mereka. Setiap kali aku klik, ia akan redirect ke laman utama mereka. Mungkin mereka perlu beri perhatian sedikit. Malah blog mereka juga tak dapat dibaca sepenuhnya. Aku hanya dapat baca artikel terkini sahaja. Haha.
Nampaknya, kini Malaysia dah ada 3 syarikat pengiklanan yang fokus kepada pengiklanan tempatan, dan Nufflets yang menumpukan perhatian ke arah seluruh dunia. Wow. Tahun 2007 berakhir dengan orang Malaysia yang lebih memberikan perhatian ke arah pengiklanan secara online.














Fahmishah
semestinya $15 itu untuk blogger.aku dah dapat.anyway currency sekarang 3.3 bukan 3.0 hehe
Wizurai
bila la ada publisher yg nak letak iklan eh?
shadowX_19
aku dah join lame mende ni.. tapi nampakye lum ade lagi pengiklan yg wat pengiklanan kat situ. takpe.. wait n see je la
mazudi
Huhu… bookmark dulu.
Nabil Feisal
Hi Amanz,
Thank you for the post on Nufflets and welcome to the network!
The USD$15 is only credited upon approval, of your site, which usually takes around 24hours because we will have to look through your site and see whether it will meet our requirements, once that is done we will credit USD$5 into your account.
And once you provide a link to Nufflets on your site or blog, we will credit another USD$10 into your account.
As for the link to our TOS, you’ve got a wrong link. Our TOS is http://www.nufflets.com/tos.html which is located at the footer on the Nufflets website.
And the Nufflets blog displays all the recent 10 posts made from the blog. I hope there’s nothing wrong here.
Take care and wasalam!
Nabil
bizmalaya
ermmm i dah register tapi bila nak buka akuan ari suspened pulak ?….ermmm jap lagi nak admin dia..napa jadi macam tu
bizmalaya
i dah registr tapi bila buka akaun hari ni jadi suspend pulak..jap lagi nak contact admin nufflets lerrr
syia
byknye syarikat2 pengiklanan Asia sekarang.. amanz dah letak ke iklan ni dekat blog? akan kacau ke adsense klau letak bersame?
Izzudin
linkback tuh ape? camne nak linkback?
Izzudin
daftar dan kalau diapprove dapat $5.. kalau taruk linkback dapat lagi $10… linkback tuh hape?
Bat
Dah daftar, tapi tak letak kod lagi..huhu
aman
link back tue, kira letak link web dia kat blog hang..senang jer..haha maybe nak naikkan page rank kot..huhu
titan
So, aku rasa ko dah dapatkan 15usd tu aman? First ko akan dapat 5usd selepas akaun ko disahkan..
Lepas wat backlink. Baru dapat 10usd lagi..
Aku rasa ko dah dapat kan? kan? Hehe..
Aiseh. Blog aku down lagi. Waa…
» Nufflets sebagai penaja ketiga Silent Blogger V2: Just another WordPress weblog
[...] ke rumah kawan-kawan aku untuk mencari sarapan… sampai kat rumah aman, aku ternampak ade papan iklan baru telah dipasang dirumahnyer….wow…makin maju bisnessnyer..nanti boleh la belanje aku [...]
Amanz Network » Plugin Iklan Nufflets Untuk WordPress
[...] sampai seminggu Nufflets dilancarkan, ada peminat yang dah mengeluarkan plugin khas untuk Nufflets. Haha. Mungkin beliau nie terbaca kat [...]
kuasadua
Dah daftar..Harap2 nufflets ni dpt bg bayaran yg lumayan pd publisher dia
megat
Entah bila nak ada publisher. Aku tengok dah dapat beberapa klik tapi takde apa-apa update pun!? Aku dengar salah satu syarat dia hanya boleh publish kat blog host yang berbayar jer, betul ker!?
Izzudin
tak diaccept pon…
Izzudin
tah hape2 tah
Izzudin
betul tuh betul… check TOS die… http://e-zoodeen.8tt.org
blog o’ e-zoodeen » Blog Archive » .nuffletspengiklanan untuk semua?*
[...] Akhirnya Google Adsense Versi Malaysia Nufflets - Media Pengiklanan Tempatan Ke-Empat An explanation on our USD$15 giveaway for our [...]