18 Blog Malaysia Dengan Reka Bentuk Eksklusif
Hmm..tengah boring-boring nie, aku kumpulkan beberapa laman blog Malaysia yang mempunyai design mereka tersendiri. Selalunya aku jumpa artikel-artikel sebegini di laman SmashingMagazine sahaja, dan belum pernah lihat laman orang Malaysia yang difeaturekan di laman lain kerana design mereka. Yang selalu nampak pun, Ikram-Zidane, tapi sayangnya masa usha tadi, domain dia dah expired. Hmm..walau apa pun, layankan diri korang dengan reka bentuk orang kita..huhu..mana tahu lepas nie dapat inspirasi nak mereka bentuk design baru..
AriffSamani - Internet.Tanpa.Batasan. Suka guna nick EmptySpace. Seorang programmer. Jangan “kacau” dia, nanti dia serang ngan virus. Haha.
Cypherhackz - Malaysia Tech Blog. Di kemaskini oleh Fauzi. Juga pemilik laman BlogAku. Ketika aku menulis artikel nie, ntah apesal, theme BlogAku bertukar kepada theme Kubrick.
DearLova -You Are My Baby Love. Suka design, walaupun nampak crowded sikit laman blog dia, tapi tetap cun. Huhu
Elaneman - Aku kurang pasti CMS apa yang digunakan olehnya, tapi aku sangat menyukai bahagian video di laman blognya. Huhu
Flisterz - New Side of Alternative. Memang cun abis blog dia dengan susunan iklan yang teratur.
GobalaKrishan - Internet Home Business. Blog seorang usahawan internet yang terkemuka di Malaysia. Theme nie khas sempena ngan Krismas. Huhu. Amat mendukacitakan kerana navigation bar terhalang oleh sidebar.
Happy People Media - New Media is Future of Art. Tahu Blogtitude ngan InfoMalaya?. Diorang nie, orang dibelakang projek berkenaan.
HaruBiru - Blog Shadow-X. Mamat nie memang suka berpindah randah. Tapi yang menyakitkan hati, setiap kali dia berevolusi, theme yang menyakitkan hati akan muncul. Haha
HongKiat - Sebelum nie dia guna versi yang lebar, sekarang nie dah versi kurus. Amik pil kot. Haha. Hmm..Kalo korang lihat bertul-betul, perasan tak yang logo dia tue khas untuk Krismas?
InfoMalaya - Bukan Sekadar Blog!. Blog yang menarik dan penuh dengan info-info terkini. Kalo korang minat ngan theme nie, sabar jerk, nanti biler InfoMalaya nak upgrade, diorang akan release theme lama diorang.
Internet Millionaires - Make Money Online. Lagi satu projek Gobala Krishnan. Domain .com.my tue. Design yang simple, tapi amat menarik dan menyejukkan mata.
Khai - What I’ve Done.Laman blog pemilik Scukz. Siap bagi tutorial nak wat blog kat Windows XP lagi tue. Huhu. Design yang simple dan menarik.
LiewCF - Otai blogger kat Malaysia. Tersenarai untuk Malaysia Youth Search. Mungkin menang. Huhu. Theme Kubrick di ubah suai menjadi Kubrick Three Coloumn.
Neutronics - Memang pakar mereka bentuk theme untuk WordPress. Design terkini beliau menghadapi masalah ketika di lihat menggunakan IE, tapi amat cun bile dilihat menggunakan Mozilla.
Blog WebMaster Malaysia - Layout yang dibuat khas. Iklan disusun dengan cantik sekali.
TheCicak - Theme yang di reka bentuk khas oleh Ikram-Zidane untuk The Cicak. Aku suka lihat gambar cicak disetiap penghujung artikel. Haha.
Wizurai - Majulah Blogger Untuk Malaysia. Theme yang bersih, kesukaan saya.
XeroXaven - Xero Virtual Planet. Design satu koloum yang memang lawa dan cun. Kalo dia release, memang aku akan guna untuk blog aku.
Itu sahaja buat sekarang nie. Penat tul menulis. Haha. Anyway, apa pendapat korang dengan rekabentuk orang Malaysia nie? Dan jika korang tahu laman-laman blog lain yang menggunakan custom design, tinggalkan komen yerk.














neutronics
ahaha.. time kasih… ape yg tak kena dengan blog aku bila pakai IE? leh bgtau? pasal aku pakai IE7, maybe tak nampak pape. Or pasal script tu? Script tu available kat firefox..
Bat
Wohoo..HappyVoice ngan InfoMalaya pun ada, terima kasih Aman!
Bat
Oh, lupa nak cakap, ada lagi blog lain yang custom made :
Bel Koo - http://www.dream-design.net/
Maharis Azman - http://www.gatostyle.com/ (Texpattern)
Shutterspeaks - http://www.shutterspeaks.com
Mazudi - http://www.mazudi.com
Rasanya ada lagi, tapi tak ingat url, huhu..
flisterz
thanks you for featuring flisterz.com
yeah!
CypherHackz
Aku tak pasti kenapa tibe2 theme tu leh tukar ke dafault. Akan aku check apa masalahnya. Whatever pun, thanks bro. Hu3.
emptyspace
wow blog aku pun tersenarai…. bestnye.. kes kes kes.. thanks bro!
Gobala Krishnan
Very, very good post. Thank you for taking the time to do such a big project.
dr.xero
thanx aman.. huhu.. segan siot tetibe org post screenshot blog aku yang tak seberape nak cantek tuh..huhu.. thanx sekali lagik..
kita
wowww….memang power orang malaysia ni tapi kenapa orang kita tak suka produk orang kita
shadowX_19
uik.. aku puye pun masuk gak.. huhu. thx bro.. bile ko masuk unisel balik.?
megat
orang kita boleh lakukan lebih baik daripada yang tersenarai sebenarnya. cuma perlukan masa yang terluang untuk konsentrasi. kebanyakkan yang senarai aku kenali mereka eheh. syabas pada mereka yang tersenarai.
shadowX_19
aku sokong kenyataan ni “orang kita boleh lakukan lebih baik daripada yang tersenarai sebenarnya” sbb aku ade beberapa org yg aku kenal mmg hebat dalam bahagian ni tapi tak berkecimpung pun dlm bhgian ni sbb diorg lebih kpd marketing dari client diorg dan kalo ade pun web diorg biasanya simple2 je untuk kunjungan client dorang.
Fath
Just for your info, Elaneman.com simply runs on CuteNews
kambing
bagus2, senarai banyak-banyak skit
neutronics
oleh kerana ko dah buat camni, aku dah ada idea nak buat website baru.. hehe
neutronics
lupe lak nak gtau. Apa kata ko masukkan dalam innit kat nuffnang. Boleh dapat banyak visitors
NoktahHitam
Lawa-lawa.. mmg customize abes abesan ni. Noktahhitam.com pakai CMS2. Diubahsuai gune photoshop skit2
aman
aku dah try dah antar kat innit, tapi tak bleh, dia ckap takde campaign tgh running kat blog aku..huhu
dr.xero
noktahhitam nyer lebih kurang xeroxaven la..huahuahua..nak kene tuka neh..kekeke
Azhar Ahmad
Ahahahhahah, amanz, saya juga tersenarai dalam BlogSearch… Yeahhh
Wizurai
aku pun tersenarai ke?
InfoMalaya dah guna theme terbaru…
ZeMMs & Zalan
Wooo… tak perasan pulak website kitorang pun tersenarai. Yup betul kata Fath, kitorg just run Cutenews. Most of the websites yg ko senaraikan memang cun. Tp aku pelik kenape ko tak senaraikan website ko sekali.. sebab blog ko ni pun memang custom-desiugn betul nih
neeziee
kagum..kagum..
LiewCF
Nice post. Thank you.
shadowX_19
tak lame lagi blog aman pun akan tersenarai juga.. hahhaa
me yginsaf
cantek 3x..
tumpang lalu bro..
How are you my RUMPUN friends? Part 3 at Syamsulariff.com
[...] Amanz - Find out 18 exclusive custom made blog design in malaysia (my blog? sorry, not in the list!) 2. [...]
Zul
Wah. Rajinnya dia buat study. Nak ambik jadi research associate boleh?
reezluv
wa..ramai gak yang custom made punya theme..memang lawa-lawa..huhu..kalau la dihimpunkan dan buat satu pertandingan kan ke best..Best Wordpress theme Awards for Malaysian..wa..mesti best2 punya design akan kuar:)
Fahmishah
lepas ni review theme aku pulak.
aman
no hal nyer…tunggu, nanti aku add lagi blog tempatan ngan theme lawa..huhu
Lisa
Aheh tak sangka my blog pun tersenarai.. tqsm.
Skang dah tukar new layout…
happy new year!
kuriee
semua blog tu mmg cantik2 gak… tapi ada 2 , 3 blog kat atas tu tak patut disenaraikanlah… design pun amik yang free jer kat internet..pastu simple sgt..heheh..komen jer…. jgn marah