December 19, 2007

Semester Dua Bermula

Huhu. Dah tak sempat nak update untuk hampir tiga hari. So, berikut merupakan beberapa berita sepanjang 3 hari nie:

Sebanyak 57 buah laman web telah pun diapprovekan untuk menyertai YouthSearch buat masa nie. Dan paling mengembirakan, laman web aku pun tersenarai. Kalau tak menang, janji dapat sijil penyertaan pun sudah mencukupi bagi saya (ada sijil ker?). Oleh kerana hanya 10% sahaja yang dikira melalui undi, mungkin aku tidak akan menerima emel spam suruh undi sesuatu laman web. Aku rasa, mungkin MsjBox akan mempunyai peluang yang cerah untuk menang. Anda boleh melihat senarai penuh laman yang menyertai YouthSearch di laman rasmi YouthSearch.

Aku dah pun pasang kod tersebut. Nampaknya, respon server hosting kod tersebut sedikit lambat, jadi sekiranya anda yang menyertai ingin mengelakkan laman anda lambat loading, maka anda boleh paste kod anda dibahagian footer sebelum perkataan /body.

P.S:
Nampak banner kat sebelah kanan laman web aku nie? Hehe. Undi yerk.

Semasa dalam perjalanan balik daripada UNiSEL tadi, terperasan poster yang mengatakan Kuala Lumpur bakal menjadi Bandaraya Wireless. Dan selepas menjalankan sedikit surfing, terjumpa link berita. Berikut merupakan sedikit sedutan daripada laman tersebut:

…Kuala Lumpur bakal menjadi sebuah “bandar raya wayarles” dengan kemudahan percuma internet tanpa wayar selama dua tahun mulai pertengahan tahun depan…

kemudahan jalur lebar mudah alih seperti WiFi yang terdapat pada kebanyakan komputer bimbit masa ini, mampu dinikmati oleh 80 peratus daripada 1.5 juta warga kota

Pownce kini telah melancarkan versi mobile laman webnya. Setakat yang aku ketahui, MySpace dan Friendster masih lagi belum melancarkan versi mobilenya. Mungkin suatu langkah yang bagus bagi Pownce. Dan mengikut list yang dibuat oleh Mashable, Pownce merupakan antara top 7 laman web aplikasi terbaik sepanjang 2007. Tahniah.

Anda menggunakan Microsoft Vista? Baru-baru nie, CNET telah mengeluarkan list 10 perkakasan komputer yang paling teruk sepanjang 2007, dan Vista turut tersenarai dalamnya. Tetapi tahukah anda bukan CNET sahaja yang mengatakan sebegitu, sebaliknya Yahoo! pun turut memberikan menyenaraikan Vista sebagai perkakasan teknologi yang paling menhampakan sepanjang 2007.

3 Responses to “Semester Dua Bermula”

Post A Comment


Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog