December 15, 2007

Youth ‘08: Pencarian Pemuda DotCom Malaysia

Hari nie terbaca kat blog Nuffnang mengenai perkara nie, dimana mereka sedang menjalankan satu event dimana mereka ingin memberi anugerah kepada blog / laman web yang berpotensi disamping menjadi pelabur dalam projek anda itu. Event yang dipanggil DotCom Youth Search ini mungkin akan menarik penyertaan yang banyak dan mungkin geng-geng Happy People Media boleh mencuba nasib mereka di sini. Huhu. RM20000 untuk direbut. Banyak tue. Hehe. Mungkin Shuth juga boleh mencuba nasib dengan laman RahsiaBlogger.com. Tetapi setiap penyertaan mestilah dihantar oleh tuan punya sendiri disamping tuan laman berkenaan mestilah berumur kurang daripada 30 tahun. Hmm..aku baru 20 tahun. Mungkin boleh join kot. Hehe.

DotCom Youth Search

So, mungkin ramai tertanya bagaimana mereka judge laman korang bukan? Berikut merupakan kriteria yang mana aku copy paste dari laman YouthSearch:

40% - Pendapatan (Kebolehan laman anda menjana pendapatan. Siapa nak melabur kalau laman korang takde pendapatan. Betul tak?. Jikalau laman anda masih tidak mempunyai sumber pendapatan, maka mereka akan mengandaikan pendapatan anda.)

40% - Influence - Perkara ini dibahagikan kepada tiga perkara iaitu kandungan laman, bilangan pengunjung, dan bilangan undi.

20% - Inovatif - Idea persendirian anda. Juga dibahagikan kepada beberapa perkara iaitu Kemesraan pengguna, Grafik dan reka bentuk, dan akhir skali keunikan laman anda.

So, untuk menjawab persoalan pertama, berapakan pendapatan aku sepanjang 2007 nie. Jeng-jeng. Sikit jer beb.

- Penjualan Iklan Sendiri - RahsiaMLM - RM120
- ReviewMe - USD30
- Penjualan Iklan Sendiri (Bulan Feb) - RM15
- Penjualan Iklan Sendiri (Bulan Mac) - RM15
- Servis menterjemaah ebook - RM100
- Penjualan Produk Digital - RM17×3 + RM20 + RM10
- Penjualan Iklan Sendiri - RM30
- Pendapatan daripada pengiklanan - Nuffnang - RM51.53
- Pendapatan daripada pengiklanan - Advertlets - RM100.011
- Pendapatan daripada pengiklanan - Google Adsense - USD17.07

Nie jer setakat yang aku ingat, dan aku masih belum request cek Nuffnang dan Advertlets. Google Adsense lak baru berapa jer. Maybe sebab tak berapa serius kot. Huhu. Anyway, lepas tengok jumlah dia, terkejut gak aku - RM512.541 + USD47.01. Dan ada lagi satu post berbayar dari ReviewMe yang belum dibuat lagi. Mungkin esok aku buat kot. Huhu.

So, macam mana lak pendapatan korang melalui talian sepanjang tahun 2007 dan adakah korang akan join YouthSearch nie?

21 Responses to “Youth ‘08: Pencarian Pemuda DotCom Malaysia”

Post A Comment


Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog