GrabMyAds - Lagi Laman Pengiklanan Dari Malaysia?
Gambar : Muka Hadapan Laman GrabMyAds
Lagi satu syarikat pengiklanan dari Malaysia - GrabMyAds. Tapi aku masih was-was ngan nie dan aku belum daftar ngan mereka lagi. Bila aku lihat halaman About Us, mereka telah menulis mengenai segala-galanya, kecuali aku tak dapat melihat nama syarikat tersebut dan no syarikat tersebut (mungkin aku jer kot tak nampak). Malah menurut CypherHackz, domain GrabMyAds nie telah berdaftar pada 14 Nov 2006, tetapi hanya dilancarkan pada 21 Nov dan aku masih belum melihat Blogger yang menggunakan servis mereka. Aku pun tak jadi nak daftar sebab masa pendaftaran mereka meminta nombor kad pengenalan. Aku tak nampak sebarang rasioal permintaan no kad pengenalan disebabkan nanti masa pembayaran, bukannya nombor kad pengenalan ditulis pada cek kita. Malah rekabentuk laman web mereka pun masih kurang menarik. Huhu. Ini mungkin pendapat aku jer, so sekiranya anda telah menggunakan servis nie, sila-silalah komen yerk.
BTW, sekarang Malaysia dah ada tiga syarikat pengiklanan secara dalam talian iaiatu NuffNang, Advertlets, dan juga yang terbaru nie, GrabMyAds.














Mohd Ismail
bak kata Ah Pek, Grab My Arse.. haha ;p
aku mahu Text Link Ads untuk Malaysia!
*pada aku la.. ini aku la.. GrabMyAds ni mcm xleh blah je banding dgn dua lagi (walaupun aku cuma pakai satu)*
Wizurai
aku dapat email jemputan…
so, aku try la usha web diorang…
mana dia dpt email aku pun aku tak tau…
aku cari sape mereka, pun taktau sape diorang ni…
masa nak daftar, aku abaikan no i/c tu… tapi wajib isi pulak… so, aku tak daftar la… gile apa nak bg nama penuh, i/c, alamt semua tu…
fahmishah dan bubuh banner diorang kat blog dia…
azwan
Macam grab my ass je bunyi nya. ha..ha.. ruang dah takde nak isi iklan. tunggu dulu.
Curt Ooi
Hello bloggers,
We are very sorry to you guy regarding our site, we will make improvement in coming months. Please do let me know if you guy think that our site needs improvement or bugs, we will be glad to hear from it even it is bad.
About the Identification Card field, it is mandatory due to ensuring payment being made to the right person, it is for securing our payment process.
Anyway, thanks for all those comment.
Regards,
Curt Ooi
Oh ya, regarding where we get the email from, it is from a referrer program. We are very sorry that those email hit your mailbox, any inconvenience, apology to all of you.
Regards.
emptyspace
kalau syarikat pengiklanan kat M’sia mesti ada nombor lesen berdaftar, kalau takde jangan percaye.. kot-kot scam.. sapa tau..
emptyspace
p/s: lagipun dia refigister as dot com sahaja yg mudah didapati, alamat company pun takde.. aku tak percaye la.. untuk blogger cam kite takpa kalau join tapi untuk advertiser berani ke mereka join? silap2 duit kena songlap.. thehehe,,
Din
Akum emptyspace,
Syarikat kami adalah syarikat berdaftar.
Kami bukan saje mendaftar atas name satu domain saje.
terdapat empat domain yg kami pegang.
1. grabmyad.com
2. grabmyads.com
3. grabmyad.com.my
4. grabmyads.com.my
Anyway, kalau ade ape saje soalan, try email i personally ya.
kasih ye..
Din (Grabmyads.com)
adib.
peerghghh….jangan main2..aku dh pasang siap dah..o0o0..gilaa laa macam nih..tp masa aku pegi kt contact us…ada suma siap alamat lg.dan no syarikat…ermm…
http://grabmyads.com/main/contact_us.php
ulwan
so camner ok ke ko??/opinion diperlukan?
emptyspace
oo kat situ rupenye.. tak pasan lak aku
shadowX_19
pulak.. mcm2 la korang ni… aku nak tgk jap site die
CypherHackz
Hak3. Banyak dah aku baca entri pasal grabmyads ni. Kebanyakkan yang aku baca semuanya negatif. Walauapapun, still wish good luck pada dorang. Semoga berjaya!
aman
huhu…kalo dia tak mintak no ic, aku dah daftar dah..hehe
dr.xero
site diorang mcm takde tunjuk advertiser diorang..so aku anggap takde lagi advertiser dan tak menarik perhatian publisher..
emptyspace
cemane contoh iklan die ek?
aman
fahmishah dah pasang kat tebaboom.org try usha kat sane…
fadzioriq
aku penah pasang gak…tp dah buang balik…sbb cam takde iklan dan dia nyer default ads tuh cam tak menarik je…cam ada maze…dun know la…but to me…tgu lah skit masa lagi…just taknak beratkan page ngan byk sangat iklan kosong..tuh aje…
dr.xero
manchurr pun dah pasang…
Kaharrudin
Akum Aman,
Can you please email me? I had hard time tried to get in touch with you.
Wasalam,
Din GrabMyAds