Happy - Prepaid Terbaru Daripada Team DiGi
Huhu.Ada dengar pasal prepaid terbaru - HAPPY? Kalau korang baca surat khabar hari nie ngan semalam, maybe korang ada perasan. Huhu. Kadar diorang memang best kalau korang nak bergayut lebih daripada Seminit Empat Puluh Saat, kerana mereka caj Satu Sen untuk Setiap Saat dan tidak akan caj lebih daripada 99sen untuk setiap panggilan. Dan yang paling bestnya ialah untuk sebarang rangkaian. Nombor yang digunakan ialah 014. Musykil gak aku, sebab DiGi guna 0146 ngan 0143, Celcom guna 0148, Hotlink guna 0142. Maybe yang lain tue Happy amik kot. Walaubagaimanapun, oleh kerana diorang bergantung pada line DiGi, menyebabkan beberapa member aku tolak tawaran aku begitu sahaja. Huhu.
Tapi satu perkara yang menarik mengenai Happy nie ialah, ianya mesra untuk pengguna online, dimana anda boleh order simpack percuma melalui online, reload melalui online, dan masuk blog aku ketika membuat urusniaga tersebut. Huhu.
Faedah:
Hanya RM0.99 satu panggilan
Hanya RM0.01 sesaat sehingga RM0.99
Hanya RM0.10 satu SMS kepada sesiapa sahaja
Tempoh aktif selama 60 hari dngan sebarang tambahnilai
Walaubagaimanapun, time usha website diorang, aku terpegun dengan kebolehan web Happy untuk berubah-ubah warna setiap kali refresh ataupun apabila setiap link di klik. Tapi, adakah tema warna yang dipilih mereka adalah sesuai?
Laman Web Celcom?
Macam mana diorang boleh upah webdesigner nie. Sakit mata aku nak membaca.
Anyway, atas dasar nak bertanya, aku pun klik pada Tanyalah Happy, tapi tak jumpa sebarang emel untuk dihubungi. Mungkin aku perlu hubungi 014 345 6789 untuk bercakap mereka…














Izzudin
ingatkan free.. rupenye kene bayar 25 ringgit.. cehh
Fahmishah
ingatkan nak bedal satu tapi kena call dia lar pula..ceh
mazudi
Aku pengguna tegar diji.
Dorang letak css link kat database kot, pastu random kan. Tu sebab theme berubah setiap kali refresh. Atau ada php code yg lain.
Tak tengok lagi site tu.
adib.
tengok macam xdak jual ja…kena order online
shadowX_19
cam nyusahkan pengguna je.. adei
megat
tengok sesiapa yang boleh review tentang happy uhuh
arefiz
ko dah dgr 018..?
titan
Ehm..memang asik tukar kaler pun. Ntah. Tu pasal kot diorang pakai konsep happy sampai sakit mate nak nengok..
Reviews: Happy.com.my « (dis)information architecture
[...] ridiculously contrasting colors; I mean, come on, white text on bright backgrounds? And, as blogger aMaNz points out in his own review, what is it with the background changing all the [...]
ajacx
sowi aku nyampuk…best la tu…leh bergayut…ehehe
amri
Dah beli kat Giant, RM5 dapat RM2. Reload dgn DIGI Coupon. Jimat dan tersangat HAPPY…
:) 
aryonte
aku baru beli happy harini. memang best. boleh bergayut selama 45minit. tambah lagi aku cal line maxis yang jauh pulak. tapi masih dalam malaysia la. rugi la kpd kaki2 gayut . mana nak dpat gayut dgn prepaid 99sen utk 45minit skali cal.
mr fit
aku penat sial pusing mencari benda bodoh tu.
NaPs
aku baru order on9 td huhu
mii
i wan buy happy card how 2 buy?
mii
how 2 buy?