Reka Bentuk MakCik PC
Hari nie, aku terbaca komen dari salah seorang pengguna yang juga mungkin pemilik laman web MakCikPC.com Huhu. Mungkin masih dalam pembangunan lagi laman web tersebut. Apa pun, aku kurang berkenan sikit dengan reka bentuk laman web tersebut sekiranya ia merupakan laman web yang dibangunkan oleh MiMoS. Apa pun, aku terjumpa reka bentuk MakCikPC dengan lebih dekat di laman web tersebut.

Komputer seberat kurang 800 gram yang dilengkapi dengan gajet terkini
seperti WiFi, bluetooth dan jaringan Wimax sebagai sambungan rangkaian
Internet tanpa wayar itu akan dijual di antara AS$160 (RM537) dan
AS$300 (RM1,008) seunit.
[Imej : MakCik PC digunakan dibawah terma Creative Commons]














novatech
apa pasal nama dia macam buruk giler babel jek?
takkan geti mencipta je tapi hilang kreativiti dalam memberi nama…? hahaha
bunyik cam produk tiruan plak -_-’
flisterz
betol ke makcikpc.com tu official site?
macam tak je. aku check whois. orang Ipoh. registered on 30 nov. tarikh yang sama PM rasmi bnda ni. ade org nk ambil kesempatan kot? tp mmg site tu x cantek. rugi.
OS nye full ke dalam PC ni? murah la jugak eh. Tablet. ehe. beli jom
shadowX_19
rekabentuk pc ni memang menarik.. tp friendly user ke aman?
kita
fuhhh memang power ler tu…bukan senang nak dapat barang murah macam tu…aman tolong tulis kat blog aku secara detil :),,bila nak dijual tu
Izzudin
aman.. ada jual lagi tak domain 15 hengget?
aman
NovaTech : nama buruk sbab nak bg senang ingat kot.
flisterz : Aku rasa full OS kot. Maybe guna Linux. Keluar jer, kita rembat seorang sejibik.
Shadow-X : User friendly kot, ala cam Komnas dulu tue..hehe
Kita : Nanti aku try contact orang MiMoS
Izzudin : Ada lagi, tapi dah naik harge sikit..hehe RM19 tuk dot INFO, RM 22 tuk dot IN
Azhar Ahmad
Ha’alah Makcik PC… Nguahahahhah
megat
klu memenuhi citarasa portable blh la angkat satu, menarik!
man
nama makcik pc tu supaya orang orang kampong yang tak pernah tengok pada teknologi .
Izzudin
dot ORG brape hengget?
Izzudin
best ape name makcik pc… org it pon ade sense of humor gak..
ayem36
maaf kerana mecelah….. sebenar saya boleh katakan bangsa kita bangsa yang berlagak tapi tidak mempunyai apa-apa. sebab apa saya kata begitu…..
1. pc tablet itu masih lagi lag proses penghasilan, kita dah mula bergaduh tentang perkara yang bodoh yang amat sangat. masalah nama. habis kita nak guna apa? berbau barat, berbau empirelis atau apa? lihat saja pc tablet terkenal wacom. apa makna wacom? sehingga wacom merupakan salah satu tablet wajib kepada setiap grafic designer dan jurufoto. kenapa kita tak kodemkan nama wacom tu? (sebab apa kita tak kodem, kita tak tahu aper kebender wacom tu atau kita anggap orang bodoh jer guna bender tu)
2. kita jangan harapkan gah semata-mata, tapi tahik yang dapat. nak buat apa…… contoh terbaik….(maaf bukan nak mengungkit soal politik!) menteri pendidikan kita, datruk hisyammudin telah dianugerah tokoh pendidikan sedunia oleh unisco pada satu ketika dulu. memang bangga beb! setakat bangga la… tapi lihat jiran kita indonesia. mereka tidak diberi pujian atau anugerah oleh unisco. tapi unisco telah memberi satu dana kepada indonesia untuk membanggunkan sistem pendidikan yang bersistematik melalui open source. ya mereka berjaya. bukan satu tapi dua jenis untuk rakyatnya. Blakon 2 dan DewaLinux. bayangkanlah… berapa juta rakyat malaysia akan mati kekenyangan dengan gah dan berapa juta penduduk rakyat indonesia telah telah diselamatkan dari mati kebodohan.
3. rakyat malaysia bukan buta linux tapi rakyat malaysia buta akan i.t. memang benar! lihat saja rakyat malaysia menggunakanan internet untuk apa? hanya perkara dan web-web yang bodoh yang diterokai. dari pihak yang mengaku pandai hingga kepada pelajar sekolah terlabel disetiap otak mereka web tahik menjadi tempat surfing. ini hasil pengamatan saya lakukan, lawan web yang paling digemari adalah lawan web berkaitan dengan siaran radio atau lagu, tentang laman web berkaitan dengan artis, web lucah, web sukan, web mempunyai tv online dan sebagainya. jarang kelihatan pengunjung mengunjungi laman web berkaitan berkomputeran (kecuali yang betul-betul berminat!)
jadi… kita ada akal, gunakan dan berfikirlah secara waras. jangan lak orang menganggap kita, harapkan kepala jer besar akal halus seperti hujung kepala mancis.bukan setakat tak boleh berfikir malah tak berguna langsung untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.