Sepanjang Tahun 2007
Sepanjang tahun 2007 nie dah pelbagai perkara dan teknologi muncul, dan berikut merupakan sedikit yang mampu aku “cover” untuk tahun nie. Jika ada yang tertinggal, sila-silalah tinggalkan komen yerk..Huhu
1. iPhone
Apple mengeluarkan telefon bimbit pertama mereka yang dipanggil iPhone yang mana menggunakan touch screen dan mempunyai fungsi-fungsi yang agak menarik. Huhu. Masih belum lagi melihatnya di Malaysia.
2. Microsoft Windows Vista
Microsoft sekali lagi mengeluarkan sistem operasi yang baru untuk tahun 200 yang mana dipanggil Vista. Walaubagaimanapun, amat mendukacitakan apabila dua syarikat terkemuka internet - CNet dan Yahoo! menyenaraikan Vista sebagai produk paling hampeh untuk tahun 2007. Haha. Mungkin kita semua perlu beralih kepada Ubuntu.
3. MiMoS Mengeluarkan MakCik PC
Pak Lah telah melancarkan tablet PC Malaysia yang pertama dengan nama MakCik PC yang mana menunjukkan ianya amat mesra pengguna sehingga boleh digunakkan oleh mak cik semua. Huhu. Reka bentuknya juga amat menarik. Tak sabar menunggu ianya dijual di pasaran.
4. Munculnya Syarikat Pengiklanan Internet Tempatan
Sehingga bulan Disember nie, telah muncul 4 syarikat pengiklanan tempatan, iaitu NuffNang (27 Feb), Advertlets (9 Mac), GrabMyAds (21 Nov), Nufflets (25 Dec). Walaubagaimanapun, tak sampai setahun berada di alam maya nie, pelbagai masalah telah dihadapi oleh kedua-dua syarikat pengiklanan - Nuffnang dan Advertlets. Moga-moga ke-empat-empat syarikat pengiklanan nie berkekalan sehingga aku habis berblog. Haha.
5. Animasi Tempatan Berevolusi
Tahun 2007 mencatatkan sejarah apabila syarikat animasi tempatan mendapat perhatian ramai. Antara animasi tempatan yang mendapat perhatian luar negara termasuklah Upin dan Ipin, Saladin dan Bola Kampung. Moga-moga tahun akan datang pun lebih banyak animasi tempatan dapat bersaing dengan syarikat antarabngsa seperti Pixar. Huhu.
6. Ankasawan Pertama Malaysia
Dr. Sheikh Muszaphar menjadi angkasawan Malaysia yang pertama. Bagi yang terlepas melihat pelancaran angkasawan Malaysia yang pertama nie, korang boleh download videonya dan simpan sebagai kenangan. Haha.
7. Laman Hiburan Tempatan Muncul
Pelbagai laman hiburan telah ada sebelum nie, namun kemunculan beberapa laman baru seperti Gua.com.my dan ManggaTV mengubah segalanya. Selain daripada itu, MediaPrima juga membolehkan penonton yang terlepas rancangan kegemaran mereka menontonnya semula di laman web mereka.
Nie jer yang sempat aku nukilkan sebelum balik ke UNiSEL. Jika ada apa-apa lagi yang perlu ditambah, sila-silalah tinggalkan komen yerk. Jangan malu jangan segan. Akhir kata, sekiranya terdapat salah silap, terkutuk dengan sengaja, dan sebagainya, ampun maaf dipinta dari hujung rambut ke hujung kasut baru aku nie…lala..
P.S : HongKiat telah mengumpulkan list Best/Worst of 2007. Baca jangan tak baca. Haha.













