November 9, 2007

Yahoo! Berubah Layout Lagi

Yahoo! sekali lagi menukar layout muka utamanya, dan kali ini, button Yahoo! Mail hilang dari pandangan aku.Huhu.Walaupun agak sukar sedikit apabila menggunakan layout baru nie, ianya tidak amat berbeza berbanding dengan yang sebelum ini, cuma dibahagian header sahaja dibuat sedikit perubahan.

Yahoo! New

Yahoo! Malaysia Deepavali

Dan semalam, sempena dengan Hari Deepavali, Yahoo! telah menukar logo pada muka Yahoo! Malaysia. Dan kepada pembaca Amanz.NET, Selamat Menyambut Deepavali.Huhu.

November 7, 2007

Dapatkan Ubuntu 7.10 Sekarang

Ubuntu 7.10

Seperti yang aku katakan pada bulan lepas, akhirnya Ubuntu dan Kubuntu telah mengeluarkan versi terbaru mereka dengan beberapa tambahan yang amat menarik. Kini anda boleh mula memuat-turun fail ISO Ubuntu 7.10 ataupun meminta mereka menghantar cd percuma kepada anda. Walaubagaimanapun, ianya mungkin mengambil masa yang agak lama untuk menunggu cd tersebut sampai kepada anda (lebih daripada 4 minggu).

Yahoo! Kickstart - Laman Resume Anda?

Yahoo! Kickstart

Baru beberapa minggu yang lalu, Yahoo! melancarkan Yahoo! Mash. Kini diorang datang lagi ngan Yahoo! Kickstart. Nama pun dah ala-ala Nescafe Kickstart. Konsepnya pun lebih kurang sama. Tujuan utama laman web nie ialah untuk mendekatkan dan memudahkan para pelajar Universiti dengan syarikat pilihan mereka. Walaupun masih dalam peringkat “PREVIEW” tapi aku suka konsep tue. Cuma, adakah ianya untuk worldwide atau untuk orang putih jer???

November 2, 2007

ShoppingAds - Media Pengiklanan Terbaru

Jikalau korang perasan hari nie, aku telah menambah modul iklan baru iaitu, ShoppingAds disebelah kiri blog aku. Aku masih tengah blur-blur pasal media terbaru ini. Ianya dibangunkan oleh orang yang sama disebalik ReviewMe, Text-Link-Ads dan AuctionAds. Walaubagaimanapun, aku masih tidak begitu berharap dengan pendapatan melalui media pengiklanan daripada luar negara seperti ini, aku ingin mencubanya buat kesekian kalinya, selepas gagal beberapa kali.Huhu.Anyway, ShoppingAds masih dalam proses beta dan aku rasa ianya hampir sama dengan Chitika yang suatu masa dahulu amat popular.

November 1, 2007

YouTube Bertukar Layout Lagi?

YouTube New Design

YouTube New Design

Nampaknya, sekali lagi YouTube akan bertukar wajah. Walaubagaimanapun, saya berpendapat yang layout terbaru mereka tidak begitu menarik berbanding yang lama. Anda boleh melihat layout terkini YouTube dan memberikan FeedBack kepada mereka melalui laman beta khas yang disediakan oleh mereka.

P.S : Sekiranya korang sedar, YouTube pun sudah mempunyai logo khas untuk perayaan tertentu sepertimana yang dibuat kepada logo Google.

Rahsia Online OneBytes Hosting

carian

iklaneka

websosial

mybloglog