Nampaknya WangCyber berubah wajah lagi buat kesekian kalinya. Kali ini, mereka menggunakan warna tema yang digunakan buat pertama kalinya WangCyber diperkenalkan, iaitu warna biru. Bagi yang masih tak tahu mengenai WangCyber, ianya merupakan sebuah website komuniti maya bagi rakyat Malaysia yang berminat di dalam dunia perniagaan internet. Website komuniti ini telah diwujudkan dan diasaskan oleh saudara Mohd Suhaimy (shuth) pada bulan Disember 2006.

Dec 05 - WangCyber Pada Awal Kemunculannya
Sejak daripada itu, WangCyber mengalami perubahan reka bentuk muka utama sebanyak dua kali, tetapi rekabentuk pada bahagian forum dikekalkan dengan menggunakan rekabentuk asas phpBB (kalau tak silap ler).

Apr 06 - Reka Bentuk Muka Utama WangCyber

Aug 06 - Reka Bentuk Utama WangCyber
Pada bulan September 2006, WangCyber menggunakan tema berwarna merah-hitam sehingga bulan November 2007, sebelum mengubah kepada rekabentuk yang baru. Pada pandangan aku, rekabentuk merah-hitam ini amat menarik hati aku berbanding dengan rekabentuk yang digunakan sekarang. Tapi, disebabkan ianya forum komuniti, maka pilihan majoriti memainkan peranan, dan mungkin aku akan dapat menyesuaikan diri dalam beberapa hari lagi.

Sep 06 - Rekabentuk Muka Utama WangCyber

Sep 06 - Rekabentuk Forum WangCyber
Dan bagi yang masih belum lagi melihat rekabentuk WangCyber yang baru, berikut merupakan screenshotnya;
Blog diletakkan pada halaman utama WangCyber. Pembaca dapat membaca berita terkini dan mungkin artikel terbaru melalui blog WangCyber. Selain itu, halaman about-us juga telah ditambah. Sejarah WangCyber tue…

Rekabentuk Forum WangCyber yang terbaru. Iklan tidak lagi diletakkan pada bahagian bawah header, sebaliknya, diletakkan pada bahagian sidebar.
Itu sahaja yang sempat aku tulis sebelum masa aku di cyber cafe nie ditamatkan. Mungkin lepas kembali ke UNiSEL nanti, aku akan mula aktif kembali di WangCyber. Exam week tue…Huhu