Selamat Hari Raya 1428H


Bagi korang-korang yang terlepas nak tonton detik-detik pelepasan angkasawan negara kita tempoh hari, sila-silalah muat turun video berikut. Aku pun hari tue tak dapat nak tonton siaran langsung nie sebab RTM1 kat tempat aku nie tak brape clear. Lagipun kan time tue solat terawih.
Anyway, sesapa yang terlepas nak tonton atau kalo nak tonton lagi sekalipun, sila-silalah donwload video berikut:

Angkasawan Malaysia
23 Mb
Real Format
Kalau tak puas hati ngan satu video nie jer, korang boleh ke laman rasmi Angkasawan dan lihat koleksi-koleksi video lain disana.
Hari nie, Google telah melakukan sedikit perubahan pada laman GMail mereka, dimana mereka telah melakukan sedikit perubahan pada kod countdown ruangan emel. Berikut merupakan kod yang diubahsuai:
Dan mungkin ramai tertanya-tanya apakah maksudnya. Saya menjumpai jawapannya pada blog Googlified dimana setiap baris membawa maksud berlainan;
2. 2912MB menjelang Oktober 11, 2007
3. 4.2GB menjelang 23 Oktober 2007
4. 6GB menjelang Januari 4 2008
5. 42GB menjelang tahun 2038
Aku masih tak mengetahui bagaimana cara kiraan mereka, namun begitu, ianya merupakan berita yang amat mengembirakan. Selain daripada itu, untuk mengesahkan perkara ini, Google juga telah mengubahsuai pelan storage berbayar yang diperkenalkan pada bulan Ogos lalu kepada ruangan yang lebih besar.
Mungkin ini merupakan serangan balas Google terhadap storan tanpa had yang diberikan oleh Yahoo! dan juga storan sebanyak 5GB yang diberikan oleh Hotmail.
Akhirnya, lepas aku menulis mengenai Budak Lapok tempoh hari, ada seorang pembaca telah memberikan aku video trailer Budak Lapok, dan yang mana aku dapati cam kurang menarik sikit video trailer dia. Aku dah pun uploadkan video tersebut kat YouTube, bagi memudahkan korang embed kat blog korang. Sekian, layankan diri korang dengan trailer Budak Lapok.
Baru sebentar tadi aku terjumpa plugin terbaru untuk Firefox iaitu plugin Bahasa Malaysia. Ya, ia mengubah hampir keseluruhan antaramuka browser Firefox anda kepada Bahasa Malaysia. Bagi yang sudah biasa menggunakan Firefox berbahasa English, mungkin anda tidak akan menghadapi sebarang masalah ketika melayari internet menggunakan Firefox-MS (walaupun mungkin bler buat seketika).
Sekiranya anda ingin mencubanya, anda boleh memuat turun di laman Pakatan Firefox-MS atau menggunakan link dibawah yang mana di upload oleh saya.
Muat Turun (Beta Tester Only
Pek Bahasa Malaysia Untuk Firefox
Selepas selesai muat turun, buka Mozilla Firefox anda dan seterusnya klik pada File > Open File > Pilih fail yang telah dimuat turun tadi.
Walaubagaimanapun, aku rasa para pengguna akan lebih gembira sekiranya bahagian HELP pada Mozilla Firefox dapat diterjemah kepada bahasa Malaysia. Apa yang aku dapati, ialah cuma dua perkataan sahaja yang diterjemah pada bahagian HELP dan bakinya masih dalam bahasa English.