Kisah Semalam
Mungkin ramai dah tau pasal kisah semalam. Huhu…yg tang ada nak saman-menyaman. Sebenarnya, smalam ketika aku cek statistik web aku, aku terjumpa satu link daripada laman web pengiklanan internet malaysia yang mana memperlihatkan senarai pendapatan para publisher dia. Sebenarnya, nak katakan aku nie hacker, nak pasang hardware pun tak lepas lagi. Cuma, kalau jumpa sebarang link tue, aku main klik jer. Itu yang sampai kat admin panel diorang tue. Maybe hole sistem diorang. Lepas tak sampai tiga puluh minit aku publish post berkenaan, orang dia call aku suruh remove ataupun dia akan amik tindakan undang-undang.
Dengar jer perkataan saman-menyaman nie, badan aku lemah sikit. Lagi-lagi tengah belajar nie. Malas nak popularkan diri cam Jeef Oii.Huhu. Pastue, malam tue Bat tanya aku apesal remove artikel tue. Pas bagitau kat dia, Bat pun remove artikel bertajuk “******** oh ********” daripada blog InfoMalaya. Pastue, hari nie ramai yang contact aku dan tanya pasal menda tue. So nak taknak, aku terpaksa tulis apa yang terjadi semalam kat blog aku.

Dan jika ada link-link berkaitan menda semalam yang ada sesapa tulis, tolong-tolong ler bagitau, dan aku akan paste kat sini. Hari nie, yang aku tau cuma blog Animes tulis mengenainya.
Anyway, lepas berhubung dengan beberapa kawan dan rakan taulan, aku dapati yang mana aku tidak bersalah.
Q : Let say one of your user got a link to your system (big system) administrator access and gain access to top secret information from that system later he/she post those screenshot at his/her blog. In law, can you win the case because that this person exposed you system flaw and data?
A : ehm… I think it really depends on a few things..does the exposure is of public interest, if it it, then in most cases, whistle blower are protected, but if he gain access through criminal act, then you can probably win.
Dan kalau korang nak tahu, aku yang amat meminati Google dapat tahu yang beberapa minggu yang lalu, ada orang berjaya pecah masuk ke pangkalan data Google (bukannya Hack, tapi dia jumpa bug kat sistem diorang sama macam aku). Google tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang keatasnya, tetapi memberikan saguhati berupa sehelai T-Shirt Google.
Anyway, hari nie, aku tengok kat page tue yang sekuriti telah diperketatkan yang mana ianya meminta username dan password, tidak seperti sebelum ini. Dan sekiranya syarikat itu ingin memperketatkan lagi sekuriti, dan supaya blogger cam aku dapat link tue lagi, diorang boleh remove page admin diorang daripada di index oleh Google atau Yahoo!. Apa yang diorang kena wat, cuma main dengan fail robot.txt diorang yang ada kat web server. Mudah gitue jer.














emptyspace
aku sebenarnya rasa marah bila kau buang entri tu, seperti menunjukkan kau yang bersalah..
hacking menggunakan teknik, bukan sekadar klik-klik link terus masuk admin panel. Maknenye itu kesilapan mereka sendiri atas kebodohan mereka tak tutup lubang tahi mereka.
dan ditambah lagi ko mendedahkan bau busuk mereka, sudah tentu mereka marah dan atas langkah terbaik menggunakan hati dan bukannya menggunakan otak, tindakan mereka ialah “see you in court”..
tapi atas alasan apa mereka nak sue ko sebenarnye? kau tak hacking, kau cuma dedahkan ketidaktelusan mereka di dalam management mereka dan itu mereka kata salah? salah dari segi apa?
hehehe.. kalau dah macam tahi tu memang tahi jugak la.. ape nak risaukan aman.. berani kerana benar
Animes
haha… tu tahi entri dah terlalu busuk sebab tu kalau u tak nak buang tahi … gua akan saman u..
jangan takut… padahal tu si tahi lalat tak ada alasan nak sue-in.
nak cakap hacker bukan… nak cakap kerja ada kompani tahi lalat pun bukan…
yang i tau, tu tahi datang dari lobang si tahi lalat sendiri…
University Update - Yahoo - Kisah Semalam
[...] Kisah Semalam » This Summary is from an article posted at Amanz Network on Saturday, October 20, 2007 Mungkin [...]
Izzudin
menarik.. rugi tak bace
Rjuna
tu ar aku baca kat google reader je, nak klik ke blog ko artikel tu ko dah padam, pastu aku baca Bat punya pon dah padam hoho Google reader masih ada simpan rss nya (siapa mahu artikel itu, kontek diriku hehe)
takut rahsia terbngkar kot, tu dia nak saman ko tu aparaa, (aku masih pasang ads diorang saja kasi meriah blog)
Bat
Huhu…Dalam google reader masih lekat lg ek entri tuh? Malas nak pikir banyak, risau kalau2 menyusahkan Aman, sebab aku link’kan entri tu ke blog dia..
Apa-apa hal, tak dengar lagi apa2 respon dari co-founder dia pasal benda ni..
Azhar Ahmad
Nasib baik aku simpan RSS kau Amanz… Hummm…
rasso
Gwe baru baca RSS kat Azhar Ahmad nye..
Semalam kembali ke rumah pun kol 2 pagi..
tak sempat nak tengok entri Bat nye…
ehehe….
:geram:
Malaysian Blogger Rss Feed » Blog Archive » Kisah Semalam
[...] Source: aman [...]
ramzwatcher
aku dah baca pasal feed tu kat google reader. Thanks to google reader |o|
tapi yang ada hole and bug tu aku tak kesah. Yang aku kisahkan KETELUSAN pihak mereka. Macam mana 0 band bleh buat duit banyak dari orang lain kan..
Iklan derang pun dah lama KOSONG tanpa hasil di Rajablog. Dah sampai masanya untuk membuang iklan mereka.
Aman, aku ada contact ko tapi ko tak reply pun email aku? aku guna contact us ko, lupa lak ada gmail time tu..haha
Brape hinggit eh nak iklan kat blog ko? Lagi satu ko di invite secara tak rasmi jadik writer mblogger. Aku dah nak start balik dah zine tu..
adi
hampeh… kita di ajak untuk menyanyikan lagu “rasa sayang”… kita di ajak untuk telus.. kita di ajak untuk berbaik sangka terhadap mereka..
kalau dah macam nih sentimen yang di mainkan, apa ke hal .. hentikan la promote produk mereka . kalau dah begitu tektik yang dimainkan..
kita nak cari duit nih .. cari yang tak menyakitkan hati kita.. baru hati kita senang ..
Fahmishah
aku dah kata nuffnang sucks!
Shafique
Ermm.. salam semua. minta sapa yang ada ttg post tue leh share tak dengan saya. Tak clear ar sebab apa nie. Plz yer.
Fahmishah
sepatutnya ko bangga amanz sebab ko dedahkan aktiviti sebenar nuffnang.padan le aku punya rm.180 je..rupe2 berat sebelah
aman
abis korang nak aku publish balik ker artikel tue..
huhuhu…aku taknak gi mahkamah usia muda-muda lagi..janji ada yg baca nie lawyer, dan nak back up aku… huhu
p.s: duit ptptn pun blum masuk lagi..
Shafique
Aku klik2 hari ada masa lompat beringgit2 tapi asd masa mcm tak klik lgsg. aku klik statik jer kekerapan dia. o0o. Muslihat ciapn tol. Kalo rajin aman send ar kot emel ker. huhuhu…
adi
“surat berantai” kan ada . bukan susah pun .. ko buat la satu gmail id baru .. heh..
Lawyerfren
Do you know that you just commited a crime?
It does not matter if you hacked into their website or even somehow had someone give you their admin login and password, if you entered their admin panel without their permission, it is a crime by the Computer Crime Act which is punishable by either a fine, a jail term or both. Oh and even if you did qualify as a whistleblower, there is no whistleblower protection in Malaysia for non-political issues. Check with a lawyer on this if you don’t believe me.
So yes, whether you think you’re wrong or not, the law thinks you’re wrong (http://www.msc.com.my/cyberlaws/act_computer.asp). Not only did you only illegally enter their website but you showed intention to cause harm when you published whatever information you had on your blog in a public place. Being sued should be the last thing you need to worry about, you should worry about them making a police report on you and getting yourself thrown in JAIL.
I’ve never seen someone commit a crime before and brag about it on his blog. It’s like you just robbed a bank and wrote on your blog how you didn’t think you were wrong for doing it, and how the bank’s security was lax.
If I were you, I would hope that this situation does not get out of hand and stop bragging about your crime to your friends or to any of your readers.
Aman
Wacha..Lpas pkir2 balik, aku akn dedahkan gak menda nie.Tp aku akn attack cara save.Hmm…Aku akan contact hong kiat mintak screeshot akaun die.Sape2 yg band slain band 3, sila2lah contact aku pakai emel aman_firdaus@yahoo.com, antar screenshot akaun hang. Esk aku akan on9.Huhu.Dpat gak aku send komen pakai tepon 3100 aku…Huhu
novatech
len kali jumpa benda camni, usha sampai jumpa lubang terbesar dulu…
tak pun ko simpan utk kegunaan diri sendiri.. >:)
seb baik nuffnang aku dah buang lama hah hah hah…
M-Addicts
Go Aman Go!
megat
sib baik ada google reader eheh. apa-apa pun blogger dh tau kelemahannya. dan terbongkar kelemahannya
Fahmishah
aku dah kata dah..korang x caya..apa yang aku kata ek?
anyway Advertlets is better then Nuffnang!
od3n
ape yg ade kt sane?? terlepas lak nk bace..
aman
huhu…
kang aku up balik artikel tue..
tgh bincang2 ngan lawyer aku.. 
emptyspace
to lawyerfren wanabe…
seperti yg aku kate, itu bukan salah die.. jangan bagi contoh bodoh seperti ini lagi
“It’s like you just robbed a bank and wrote on your blog how you didn’t think you were wrong for doing it, and how the bank’s security was lax.”
sebenarnye seperti ini, aman mempunyai akaun di bank tersebut, dia pergi ke kaunter, nak update buku bank, kemudian dia nampak ada pengurus (refer as orang atas NN), orang misteri (refer as orang yg NN pilih kasih tu) dan pak guard yg tido ( refer as flaw code in admin panel).. sedang pengurus berurusan dengan orang misteri, aman ternampak perbuatan tolol mereka.. jadi aman beritahu media massa untuk keadilan, kemudian pengurus ni bengang ngan tindakan aman, nak saman.. lol lol tolol.. mane betul?
about ACT 563 tu, dah terang2 tulis Unauthorize, maknenya masuk tanpa kebenaran, tapi kalau dah pintunya dibuka luas2 untuk orang masuk, silap siapa sebenarnya?
emptyspace
“It does not matter if you hacked into their website or even somehow had someone give you their admin login and password, if you entered their admin panel without their permission, it is a crime by the Computer Crime Act which is punishable by either a fine, a jail term or both.”
so if someone enter my wordpress admin panel wp-login.php, so it’s a crime??! OMFG! I will sue everyone who enter my admin panel!
Fahmishah
nak salah apa bende?si NN tu lagi dua kali ganda bersalah kerana penipuan yang dijalankan dan amanz dengan tidak sengaja mendedahkan walaupun tidak sengaja klik link tersebut.
ada dua orang sedang membuat kerja jahat.mereka dalam rumah yang tidak ada tingkap dan pintu melopong terbuka.si amanz masuk kerana ingin tahu apa di dalam tanpa ada niat jenayah.so? apa macam?amanz salah ka?
emptyspace
tu la pasal.. ko takyah takut aman.. die cube main psikologi kat ko supaye ko rase takut dan cube buatkan ko bersalah.. die takde reason kukuh utk sue ko..
Go read
http://www.msc.com.my/cyberlaws/act_computer.asp
Read section 3.
Wizurai
betul la… takyah takut…
maybe sebab diorang ingat diorang ‘besar’ dan ko hanya ‘budak sekolah’, diorang berani keluarkan kata, “Nanti kami saman!!!” padahal belum tentu diorang menang pun kes saman ni…
ko patut simpan screenshot banyak²… buat rujukan sesama blogger mungkin… untuk masa depan…
apapun, artikel tu aku dah baca dari Reader…
adi
kalau dah pintu rumah ternganga luas .. pastu orang lain masuk secara tak sengaja.. lagi nak saman . apa da.. sendiri mau ingat la kawan …
lain kali .. pasang mangga dan jeriji besi kat rumah tu.. baru orang tak leh masuk..
apa ke bangang punye syarikat…
M-Addicts
Aku cadangkan, kita laporkan perkara ni kepada media massa…
alongovtx
amanz,aku tunggu ko up balik!yahoo…tak dak,ni nak tukar google reader la ni.
emptyspace
amanz, kalo mereka cuba nak saman ko..
ko buat surat ko hantar kat MAMPU, MDec ngan MSC tentang penipuan dlm perniagaan mereka.. biar lesen mereka kena tarik balik..
Fahmishah
ya! aku setuju..kita lingkup kan terus jika mereka saman!
lori
lama tak follow blog ko nie..apa2 pun pada pandapataku ko tak salah kalau niatko untuk memberitahu tentang penyalahgunaan yg berlaku..apa2 pun kalau nk lagi bagus setup satu komuniti/grup utk lawan balik benda2 camni atleast diorangtau yg ko tak bersendirian.
Catscity.net » Is It Fair? Cheating The Advertisers?
[...] to this, the lucky guy manage to see the earnings of other members and to his horror and us too… He found out that [...]
abdfatah
saya pun ada jugak dalam google reader… miahahahaa… jenguk dan tengok mana yang patut…
attack cara senyap laaa…
Ayie
Segera aku remove NN ad.
Pembaziran sungguh la.
Wilson
Ni dah tak sama cakap…
http://blogsreview.net/2007/04/18/nuffnang-is-not-so-bad-afterall/